UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Tekanan kerja dan komitmen organisasi: Satu kajian dalam kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan di negeri Kedah


Mustafa, Jamaluddin and Tuan Sembok, Tuan Muhammad Zukri and Sayuti, Rusimah and Wan Ahmad, Wan Ibrahim and Shaffie, Fuziah and Bahari, Azizan and Abdul Hamid, Ahmad Shukri and Jamaludin, Norzilla and Mohamad Nore, Nur Farhana (2012) Tekanan kerja dan komitmen organisasi: Satu kajian dalam kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan di negeri Kedah. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Submitted)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (823kB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap tekanan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.Selain itu untuk menguji kewujudan pengaruh faktor latar belakang sosio-demografi terhadap tahap tekanan dan komitmen terhadap organisasi serta menguji perkaitan antara faktor tekanan kerja dengan komitmen terhadap organisasi.Persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan iaitu kakitangan yang bersetuju dan hadir pada ketika kajian dilakukan sahaja dijadikan responden kajian.Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sosio-demografi, tekanan kerja (diadaptasi dari alat kajian Occupational Stress Indicator dan telah diubah suai oleh Unit Penyelidik Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS), dan komitmen terhadap organisasi (diadaptasi dari kajian Aishah; 1999) Ujian statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Secara umumnya kakitangan JBSNK mempunyai tahap tekanan kerja yang sederhana.Kakitangan perempuan menunjukkan tekanan kerja yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kakitangan lelaki.Kajian mendapati responden yang belum mempunyai anak mempunyai tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding responden yang mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang.Lebih daripada 60% dripada responden menunjukkan komitmen terhadap organisasi pada tahap yang tinggi.Kakitangan yang belum berkahwin mempunyai komitmen terhadap organisasi yang lebih tinggi berbanding kakitangan yang berkahwin.Begitu juga dengan kakitangan yang mempunyai anak lebih daripada 4 orang lebih mempunyai komitmen terhadap organisasi.Kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja secara keseluruhan dengan komitmen organisasi.Namun ada hubungan yang sifnifikan antara tekanan kerja interinsik dan tekanan kerja halangan kerja/rumah dengan komitmen organisasi secara songsang.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mr. Tuan Muhammad Zukri Tuan Sembok
Date Deposited: 03 Apr 2013 01:55
Last Modified: 03 Apr 2013 01:55
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7343

Actions (login required)

View Item View Item