mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan KESEDAR dalam pembangunan tanah di Daerah Gua Musang: Isu dan pencapaian tahap sosioekonomi peneroka

Hussin, Fauzi and Abdullah, Hussin and Che Mat, Siti Hadijah (2012) Peranan KESEDAR dalam pembangunan tanah di Daerah Gua Musang: Isu dan pencapaian tahap sosioekonomi peneroka. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), 4-6 June 2012, Ipoh, Perak.

[thumbnail of B1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (691kB)

Abstract

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah sebuah agensi kerajaan yang telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sepuluh buah tanah rancangan yang terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan. Tanah rancangan yang dimajukan oleh agensi ini termasuklah kawasan tanah rancangan Paloh I, Paloh 2, Paloli 3, Clialil. Lebir, Meranto, Paloli 4, Renok Baru.Jeram Tekoh dan Sungai Asap.Hampir keseluruhan kawasan ladang di tanah rancangan ditanam dengan tanaman getah dan kelapa sawit.Persoalannya sejauh manakah kejayaan pihak pengurusan KESEDAR dalam memajukan taraf sosioekonomi peneroka? Apakah isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR sebagai agensi yang bertanggungjawab memajukan tanah di negeri Kelantan? Kertas seminar ini akan membincangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR serta peranannya dalam meningkatkan tahap sosioekonomi para peneroka. Sejumlah 133 soal selidik berjaya dikutip daripada responden kajian iaitu ketua isi rumah bagi setiap keluarga peneroka sebagai sampel kajian.Soal selidik mengandungi maklumat-maklumat seperti faktor demografi, jenis tanaman yang diusahakan, pendapatan, bantuan diperolehi serta masalah-masalah yang dihadapi peneroka.Selain itu, temubual secara bersemuka juga dijalankan untuk mendapat maklumat berkaitan isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR dalam memajukan tanah peneroka.Dapatan kajian menunjukkan tahap pendapatan peneroka masih lagi rendah walaupun kebanyakan mereka berpendapatan melepasi aras kcmiskinan tegar.Faktor utama yang menjadi masalah dan mengurangkan pendapatan peneroka ialah usia tanaman getah dan kelapa sawit, peneroka yang sudah lanjut usia, generasi kedua yang bekerja di bandar serta keluasan tanah untuk tanaman yang tidak bertambah.Isu-isu utama yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR pula termasuklah isu tanaman semula, isu bantuan sara hidup peneroka, isu penyelenggaraan ladang, isu hutang peneroka, isu generasi kedua dan isu pencerobohan baki kawasan belum tanah semula.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISSN: 2231-962X English Title: The Role of KESEDAR in Land development at Gua Musang District: Issue and Level of Settler Socioeconomic Achievement
Uncontrolled Keywords: KESEDAR, sosioekonomi peneroka, pengurusan KESEDAR.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Depositing User: Dr. Fauzi Hussin
Date Deposited: 23 May 2013 02:18
Last Modified: 20 Apr 2016 03:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7424

Actions (login required)

View Item View Item