UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kompetensi berkomunikasi dan budaya kerja dalam kalangan penjawat awam


Mustaffa, Che Su and Abu Bakar, Hassan (2011) Kompetensi berkomunikasi dan budaya kerja dalam kalangan penjawat awam. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img]
Preview
PDF
Download (878kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi penjawat awam di Negeri kedah dari segi kompetensi komunikasi interpersonal, komunikasi antara budaya dan kompetensi komunikasi berdasarkan konteks, budaya kerja dan kepuasan komunikasi.Kajian ini juga meneliti sama ada terdapat perbezaan dari segi aspek-aspek tersebut berdasarkan beberapa ciri demografi yang terpilih, Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah berkenaan dan peramal kepada kepuasan komunikasi.Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu tinjauan.Data dikumpulkan melalui pengedaran soalselidik.Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah sejumlah 294 orang kakitanga di Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, Ujian t, Korelasi, ANOVA Sehala, analisis Regresi Pelbagai dan analisis regresi Stepwise.Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi komunikasi penjawat-penjawat awam secara keseluruhannya adalah memuaskan.Perbezaand ari segi kompetensi komunikasi didapati berbeza bagi kakitangan yang berbeza kategori pendidikan.Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pebolehubah kompetensi komunikasi interpersonal, komunikasi antara budaya dan kompetensi komunikasi berdasarkan konteks, budaya kerja dengan kepuasan komunikasi.Analisis regresi prosedur Stepwise menunjukakan bagi dimensi komunikasi antara budaya, dimensi hormat menghormati dalam berinterasi dan perhatian dalam berinteraksi merupakan peramal yang signifikan bagi kepuasan komunikasi.Bagi dimensi-dimensi komunikasi interpersonal, hasil analisis menunjukkan komunikasi dan pengurusan merupakan peramal utama kepada kepuasan komunikasi.Bagi dimensi komunikasi budaya kerja pula, hasil analisis menunjukkan dimensi ketegasan, terperinci, keputusan, kestabilan, dan kumpulan merupakan dimensi utama dalam meramal kepuasan komunikasi.Cadangan kajian akan datang turut dikemukakan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Che Su Mustaffa
Date Deposited: 03 Apr 2013 02:36
Last Modified: 06 Jul 2014 03:09
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7484

Actions (login required)

View Item View Item