mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelaksanaan proses penilaian prestasi di bawah sistem saraan berasaskan merit di sektor awam: Dilema yang dihadapi oleh pegawai penilai

Embi, Muhamad Ali and Aziz, Abdul Rahman (2008) Pelaksanaan proses penilaian prestasi di bawah sistem saraan berasaskan merit di sektor awam: Dilema yang dihadapi oleh pegawai penilai. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Ali.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[thumbnail of 1.Muhamad Ali Embi.pdf]
Preview
PDF
Download (756kB) | Preview

Abstract

Kita sering mendengar rungutan dan luahan ketidakpuasan hati para pekerja berkaitan dengan markah penilaian yang mereka perolehi.Sasaran kemarahan mereka ini biasanya ditujukan kepada pihak penilai yang kononnya dianggap sebagai tidak bertimbang rasa, tidak professional dan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Namun demikian jika tuduhan yang dilemparkan kepada ketua-ketua jabatan ini benar apakah faktor-faktor yang menjadikan mereka gagal untuk menjadi penilai yang adil di dalam proses penilaian prestasi? Oleh itu kajian ini cuba untuk menyingkap dilema yang dihadapi oleh pihak penilai kerana selama ini perhatian hanya ditumpukan kepada keluhan pihak pekerja tanpa cuba untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh pegawai penilai. Objektif utama kajian ini ialah untuk menilai proses pelaksanaan penilaian yang dilaksanakan oleh ketua-ketua jabatan saban tahun sama ada ia memenuhi peraturan dan kriteria yang telah ditetapkan. Keduanya, melalui penilaian ini kita akan dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pihak penilai di dalam melaksanakan proses penilaian dan apakah punca yang menyebabkan keputusan penilaian yang dibuat sering dipertikaikan. Responden untuk kajian ini adalah terdiri daripada kalangan ketua-ketua jabatan di sektor awam yang menjadi pihak penilai di jabatan-jabatan mereka. Memandangkan kajian ini hanya melibatkan ketua-ketua jabatan, kaedah temubual telah digunakan.Terdapat dua set soalselidik yang digunakan di dalam temubual ini yang pertamanya adalah untuk menilai proses penilaian yang dilaksanakan oleh pihak penilai yang mana ianya berbentuk struktur sepenuhnya manakala soalselidik keduanya yang tidak berstruktur dibentuk hasil daripada jawapan yang diperolehi daripada soalselidik yang pertama. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa keseluruhan proses pelaksanaan penilaian prestasi bermula dari penetapan matlamat hingga ke pemberian maklumbalas penilaian prestasi tidak diikuti sepenuhnya oleh pihak penilai. Halangan seperti faktor budaya, bebanan tugas dan kuota menjadi faktor utama kenapa penilaian tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Penemuan utama hasil daripada kajian ini ialah pegawai penilai yang berada di sektor awam ini boleh dibahagikan kepada enam kelompok berdasarkan kepada pelaksanaan penilaian yang mereka lakukan iaitu pegawai penilai berasaskan objektif dan rasional, pegawai penilai yang cenderung kepada sosio budaya, pegawai penilai berasaskan politik penguasaan, pegawai penilai berasaskan kesamarataan, pegawai penilai tidak kisah dn pegawai penilai takut terancam.Oleh itu berdasarkan penemuan ini kajian lanjutan hendaklah dilakukan untuk mengetahui peratusan pegawai penilai yang berada di dalam kelompok berkenaan supaya rangka latihan yang komprehensif dapat dilaksanakan di dalam proses latihan penilaian prestasi kepada pegawai penilai di masa hadapan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11638
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Muhamad Ali Embi
Date Deposited: 03 Apr 2013 03:15
Last Modified: 08 Jul 2014 01:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7500

Actions (login required)

View Item View Item