UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Motivasi dan komitmen terhadap organisasi: Satu kajian di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Alor Setar, Kedah


Osman, Sharifuzah (2008) Motivasi dan komitmen terhadap organisasi: Satu kajian di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Alor Setar, Kedah. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (879kB)
[img]
Preview
PDF
Download (676kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan perkaitan antara motivasi dengan komitmen terhadap organisasi.Motivasi dalam kajian ini diukur melalui tiga bentuk motivasi iaitu altruistic, intrinsik dan ekstrinsik.Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti tahap motivasi dan komitmen keorganisasian serta pengaruh latar belakang responden terhadap pembolehubah terikat.Bagi menjalankan kajian, seramai 217 kakitangan MADA Alor Star telah dipilih sebagai sampel kajian.Borang soal selidik menjadi instrumen utama bagi mendapatkan maklumat.Daripada 217 borang yang telah diedarkan, sebanyak 187 borang soal selidik telah dikembalikan.Pakej perisian SPSS telah digunakan bagi mempersembahkan data ke dalam dua bentuk iaitu deskriptif dan inferensi.Hasil kajian mendapati latarbelakang responden iaitu umur, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan dan kumpulan perkhidmatan tidak mempunyai perbezaan motivasi dan komitmen kerja yang signifikan. Responden lelaki dan wanita walau bagaimanapun mempunyai perbezaan komitmen kerja yang signifikan tetapi tidak berbeza dari segi motivasi.Majoriti responden didapati mempunyai tahap motivasi dan komitmen kerja yang tinggi dengan catatan peratusan bagi kedua-dua pembolehubah adalah 84.0 peratus dan 84.5 peratus.Ujian korelasi pearson mengesahkan bahawa ketiga-tiga motif motivasi mempunyai hubungan positif dengan komitmen kerja.Namun hasil analisa regresi pelbagai menunjukkan bahawa motif ekstrinsik menjadi penyumbang utama kepada komitmen kerja iaitu sebanyak 37.3 peratus.Manakala motif altruistic menyumbang sebanyak 2.9 peratus.Motif intrinsik tidak mempunyai pengaruh terhadap pembolehubah terikat yang dikaji.Kajian ini mencadangkan agar perhatian yang seimbang diberikan terhadap motivasi ekstrinsik dan altruistic.Pengenalpastian motif motivasi yang sepadan dengan konteks sektor awam diharap dapat meningkatkan lagi komitmen kerja kakitangan awam.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11741
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 03 Apr 2013 03:41
Last Modified: 08 Jul 2014 01:34
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7504

Actions (login required)

View Item View Item