UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Memahami pemikiran Lat dalam kartun-kartun lakarannya


Ghazali, Norzaliza and Yahya, Maizatul Azura (2008) Memahami pemikiran Lat dalam kartun-kartun lakarannya. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB)
[img]
Preview
PDF
Download (278kB) | Preview

Abstract

Kartun memainkan peranan yang penting dalam masyarakat moden hari ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan idea dan kritikan dalam bentuk satirikal dan humor.Kartunis Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat merupakan tokoh yang unggul dan menjadi ikon dalam kalangan kartunis di Malaysia.Lat amat dikenali sebagai seorang kartunis yang lantang menzahirkan kecaman sosio-politik dalam lakaran-lakaran sinisnya, khusus dalam akhbar-akhbar sejak dekad 1960-an lagi.Justeru, kajian ini dijalankan untuk memahami pemikiran Lat bagi membolehkan masyarakat menilai sumbangan beliau dalam memartabatkan dunia kartun di Malaysia. Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan kerangka konseptual yang dikemukakan oleh Puteri Roslina Abdul Wahid (2003) berpandukan model sosio-kognitif yang dikembangkan oleh Brian (1989).Subjek kajian terdiri daripada tiga karya Lat yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu iaitu Budak Kampung (1979), Entahlah Mak...! (1985) dan Mat Som (2004).Hasil kajian mendapati dalam Budak Kampung, fokus Lat lebih terarah kepada budaya Melayu.Manakala, dalam Entahlah Mak...!, Lat banyak memfokuskan tentang isu-isu politik yang berlaku di dalam dan luar negara.Sementara itu dalam Mat Som pula, Lat lebih banyak mengkritik tentang isu-isu sosial.Secara tidak langsung, karikatur-karikatur yang dilakarkan oleh Lat meparkan pelbagai ragam kehidupan manusia yang dirakamkan dengan cara yang halus dan tajam secara sindiran, ejekan atau sendaan.Lat melakarkan semua itu dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan kesedaran kepada pembaca.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norzaliza Ghazali
Date Deposited: 03 Apr 2013 06:54
Last Modified: 08 Jul 2014 01:26
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7510

Actions (login required)

View Item View Item