Yatim, Bidin and Ismail, Suzilah and Zakaria, Mohd Hafiz (2011) Instrumen kebolehpasaran graduan. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
|
Preview |
PDF
Download (648kB) | Preview |
Abstract
Masalah pengangguran dikalangan graduan di Malaysia berada pada tahap yang tidak memuaskan dan perlu diatasi dengan segera.Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini termasuklah melaksanakan penilaian kemahiran kebolehpasaran terhadap pelajar IPT melalui instrumen My3S. Langkah ini dilihat sebagai antara langkah yang baik. Bagaimana pun, berdasarkan kaedah penilaian yang dijalankan, kajian ini berpendapat bahawa hasil yang diperolehi tidak akan dapat menilai dengan tepat kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki oleh pelajar mahu pun graduan IPT.Kekurangan tersebut cuba diatasi oleh kajian ini melalui pembangunan instrumen yang lebih bersifat“realistik” menggunakan kaedah SJT.Bagaimana pun, sebelum instrumen dibangunkan, perbincangan dilakukan terlebih dahulu berkenaan instrumen kebolehpasaran graduan yang telah wujud di Malaysia.Kemudian, perbincangan dan perbandingan turut dilakukan kepada kemahiran kebolehpasaran yang dikatakan perlu kepada graduan serta kaedah pengukuran instrumen yang kebanyakannya digunakan untuk membuat penilaian.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan kemahiran kebolehpasaran yang perlu diuji oleh kajian ini dan bagi membuktikan kelebihan kaedah SJT berbanding kaedah yang lain. Apabila telah dibuktikan, Bab Tiga dibangunkan untuk SJT supaya penerangan yang lebih terperinci dapat diberikan berkenaan kaedah tersebut.Penerangan yang diberikan terdiri daripada lima bahagian iaitu definisi, sejarah SJT, ciri, prosedur pembangunan dan kekuatan SJT. Seterusnya, Instrumen Kebolehpasaran Graduan dibangunkan melalui proses pembangunan instrumen yang disarankan oleh Merten (2005).Bagaimana pun, oleh kerana kaedah SJT terlibat, proses pembangunan instrumen turut merujuk kepada kajian Motowildo et al. (1990) dan Weekley et al. (2006). Seterusnya, instrumen ini dilaksanakan kepada seribu dua ratus orang responden yang terdiri daripada pelajar tempatan tahun akhir UUM dari pelbagai program pengajian. Data yang telah diperolehi dianalisis terlebih dahulu menggunakan kaedah EDA. Kemudian, pemarkahan dilakukan dan analisis diteruskan dengan ujian hipotesis. Berikutnya skor norma dibangunkan melalui kaedah Simulasi Persampelan BCA Bootstrap.Hasil kajian berjaya menunjukkan tahap kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki oleh pelajar tempatan tahun akhir UUM.Daripada hasil kajian tersebut, separuh daripada responden dilihat memiliki kemahiran di tahap yang baik dan memuaskan.Bagaimana pun, hasil bagi Kemahiran Keusahawanan menunjukkan terdapat hanya tiga puluh peratus responden sahaja yang memiliki kemahiran tersebut di tahap yang baik dan memuaskan.Secara tidak langsung, keputusan ini dapat memberi gambaran awal kepada pihak UUM untuk memberi fokus untuk meningkatkan Kemahiran Keusahawan pelajar pada masa hadapan.Seterusnya, nilai skor norma juga berjaya diperolehi.Nilai ini boleh digunakan oleh pihak UUM bagi membuat penilaian dan perbandingan kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki oleh pelajar tempatan tahun akhir UUM pada masa hadapan.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 11843 |
Uncontrolled Keywords: | Instrumen, Kemahiran kebolehpasaran, Situational Judgment Test (SJT), Exploratory Data Analysis (EDA), BCA Bootstrap |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education Q Science > QA Mathematics |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Madya Dr. Bidin Yatim |
Date Deposited: | 02 Apr 2013 07:57 |
Last Modified: | 06 Jul 2014 03:04 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7549 |
Actions (login required)
View Item |