mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sumbangan subsektor ekonomi terhadap pertumbuhan ekonomi ASEAN-3: Satu kajian empirikal

Hussin, Fauzi and Abdullah, Hussin (2011) Sumbangan subsektor ekonomi terhadap pertumbuhan ekonomi ASEAN-3: Satu kajian empirikal. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), 5 - 7 Jun 2011, Melaka Bandaraya Bersejarah.

[thumbnail of Su.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (382kB)

Abstract

Sumbangan sektor-sektor ekonomi adalah penting sebagai pembolehubah penentu kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, terutamanya bagi negara-negara ASEAN-3 yang sedang membangun iaitu Malaysia, Indonesia,dan Thailand. Bagaimanapun sebesar mana sumbangan setiap sektor berkenaan terhadap pertumbuhan ekonomi mungkin berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain.Persoalannya sejauh manakah sumbangan sektor-sektor penting seperti sektor pertanian, pembuatan dan perdagangan terhadap pertumbuhan ekonomi bagi negara ASEAN-3 dan juga bagi setiap negara anggotanya iaitu Malaysia, Indonesia,dan Thailand? Kertas seminar ini bertujuan membincangkan kepentingan sektor-sektor tersebut terhadap pertumbuhan ekonomi negara-negara berkenaan secara berkumpulan (pooled) dan tiap-tiap negara dikaji. Metodologi kajian ini akan menggunakan ujian regresi siri masa panel dan juga akan dianggar menggunakan prosedur Fully Modified Ordinary Least Squares (FMOLS).Analisis FMOLS ini dapat dibahagikan kepada dapatan kajian bagi kumpulan panel (panel group) serta dapatan kajian bagi setiap negara secara berasingan.Hasil kajian mendapati sektor pertanian berkointegrasi dengan KDNK benar bagi semua negara yang dikaji.Bagaimanapun, semua pembolehubah berkointegrasi secara positif dan signifikan dengan KDNK benar bagi negara Thailand sahaja.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISSN:2231-962X
Uncontrolled Keywords: pertumbuhan ekonomi, sektor ekonomi, FMOLS.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Fauzi Hussin
Date Deposited: 23 May 2013 02:22
Last Modified: 23 May 2013 02:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7556

Actions (login required)

View Item View Item