mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ketagihan internet di tempat kerja

Ishak, Mohd Sobhi and Ismail, Syamsul Anuar (2006) Ketagihan internet di tempat kerja. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of kaji.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (398kB)
[thumbnail of 1.Mohd Sobhi Ishak.pdf]
Preview
PDF
Download (381kB) | Preview

Abstract

Internet merupakan medium Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang paling pesat berkembang sejak ia diperkenalkan pada tahun 1974.Dalam tempoh 22 tahun sahaja Internet telah menjangkau sempadan geografi dan mewujudkan dunia maya yang kaya dengan pelbagai maklumat.Penggunaan Internet yang bebas tanpa kawalan dalam semua sektor pekerjaan bukan sahaja telah memberikan impak yang positif tetapi turut membawa bersama gejala negatif yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat di seluruh dunia.Ketagihan Internet merupakan masalah baru yang mula menular daripada masalah inidividu kepada masalah organisasi.Fenomena ini telah menyebabkan kemerosotan produktiviti dan keuntungan kepada organisasi di seluruh dunia.Kajian ini meneroka permasalahan ketagihan Internet di tempat kerja dengan objektif untuk mengenalpasti simptom-simptom yang wujud dalam kalangan pekerja di sektor awam.Sejumlah 300 responden yang berkhidmat dalam bidang akademik dan pentadbiran di Universiti Utara Malaysia telah dikemukakan borang soalselidik mengenai tahap ketagihan Internet mereka di tempat kerja.Sampel kajian ini diperolehi menggunakan kaedah persampelan rawak bersistematik.Ujian statistik deskriptif digunakan untuk memerihalkan bilangan dan peratusan ciri-ciri demografi dan penggunaan Internet yang berkaitan dengan tahap ketagihan Internet.Ujian Khi-Kuasa Dua dan Ujian-t juga digunakan untuk mengenalpasti perkaitan dan perbezaan di antara tahap ketagihan Internet dengan ciri-ciri demografi dan penggunaan Internet responden.Hasil kajian mendapati bahawa tahap ketagihan Internet dalam kalangan kakitangan Universiti Utara Malaysia kini berada pada tahap rendah.Walaupun begitu terdapat tanda-tanda tahap ketagihan ini semakin meningkat. Majoriti golongan yang menunjukkan peningkatan ketagihan Internet adalah lelaki yang belum berkahwin dengan purata umur 33 tahun dan berpengalaman menggunakan Internet kurang dari 6 tahun.Kakitangan yang terlibat dengan ketagihan Internet kebanyakannya adalah kakitangan akademik dan kumpulan sokongan pentadbiran yang mempunyai rutin kerja yang melibatkan penggunaan komputer serta menjadikan World Wide Web sebagai aplikasi utama mereka.Kebanyakan kakitangan ini menggunakan Internet untuk berkomunikasi, mengisi masa bosan, melepaskan tekanan kerja dan mendengar muzik.Beberapa masalah yang sering dihadapi akibat penggunaan Internet yang terlalu lama ialah keletihan, kesakitan pada anggota badan, hilang minat untuk melakukan aktiviti luar, hilang tumpuan kerja dan mempunyai masalah dengan pihak atasan mereka.Kajian ini jelas menunjukkan bahawa gejala ketagihan Internet akan menjadi masalah besar dalam organisasi yang memerlukan perhatian serius semua pihak.Gejala ini jika tidak dibendung akan meningkatkan jumlah kakitangan yang menghidapi masalah psikologi yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan kepada organisasi sendiri.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11015
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
T Technology > T Technology (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Apr 2013 07:46
Last Modified: 10 Jul 2014 01:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7594

Actions (login required)

View Item View Item