mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan model analisa dan rekabentuk serta implementasi sistem bayaran Majlis Agama Islam negeri Kedah

Mohd Sharif, Mohd Hisham and Harun Rasit, Mohd Hadzrami and Hashim, Azizi @ Hamizi (2006) Pembangunan model analisa dan rekabentuk serta implementasi sistem bayaran Majlis Agama Islam negeri Kedah. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of hIS.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (674kB)

Abstract

Pengurusan kewangan adalah antara satu mekanisme yang cukup penting dalam pentadbiran mana-mana badan kerajaan di mana pengurusan kewangan yang cekap akan meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut. Seperti sektor swasta, sektor awam juga harus mempunyai sistem aplikasi perakaunan berkomputer bagi membantu pemprosesan maklumat di dalam kitaran perakaunan dengan mengurangkan kesilapan dan mempercepatkan transaksi di samping mengelakkan pertindihan data dan tugas.Penggunaan aplikasi perisian dalam badan-badan awam adalah dengan mengaplikasikan proses kerja bagi pengurusan kewangan secara manual kepada proses berkomputer.Dalam badan awam terdapat 2 komponen penting yang perlu dilihat dalam proses pengurusan kewangan iaitu komponen hasil dan komponen bayaran.Dalam kajian ini, komponen yang diambil kira adalah komponen bayaran di mana cadangan model analisa dan rekabentuk bagi sistem bayaran di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dibangunkan menggunakan teknik UML.Model analisa dan rekabentuk ini menghuraikan permasalahan sistem bayaran dalam bentuk gambarajah-gambarajah UML yang menjadi asas kepada struktur sistem berkomputer yang bakal dibangunkan.Model yang dibangunkan ini adalah bebas, dengan kata lain, model ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi pembangun yang ingin membangunkan sistem bayaran tidak kira bahasa yang digunakan mahupun platform mana yang terlibat.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11508
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Divisions: College of Business
Depositing User: Dr. Mohd Hisham Mohd Sharif
Date Deposited: 03 Apr 2013 08:01
Last Modified: 03 Apr 2013 08:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7671

Actions (login required)

View Item View Item