UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia


Abu Talib, Zuraidah (2006) Tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (489kB)
[img]
Preview
PDF
Download (488kB) | Preview

Abstract

ICT merupakan alat komunikasi (teknologi komunikasi) yang semakin meluas digunapakai pada masa kini.ICT kini dianggap sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara dan masyarakat.Di Malaysia, pembangunan dan penggunaan ICT bukan semata-semata untuk menjana komunikasi yang lebih baik tetapi juga membantu untuk mentransformasikan masyarakat dan ekonomi negara berasaskan pengetahuan. Melalui penggunaan ICT, masyarakat dapat diubah secara kualitatif (tranformasi kualitatif) melalui pendidikan, kemahiran, dan pembudayaan ICT.Ini kerana ICT membantu masyarakat berkomunikasi secara elektronik, mencari maklumat, mengumpul maklumat, berkongsi maklumat dan juga menyebarkan maklumat.Ini seterusnya akan dapat memaksimumkan pengetahuan masyarakat dan pada akhirnya menjadi modal intelektual kepada masyarakat untuk menjana kegiatan ekonomi berasaskan pengetahuan.Kini, komputer dan semua peralatan teknologi yang menggunakan cip berkomputer juga merupakan antara peralatan ICT yang turut menjadi indikator yang penting untuk menentukan kadar penembusan maklumat dan kemajuan sesebuah negara.Pemilikan komputer dan akses kepada Internet juga telah menjadi salah satu daripada indikator penting untuk menentukan kemajuan sesebuah negara dan yang paling relevan untuk menentukan ialah kedudukan universiti bertaraf dunia (world rangking universities).Adalah sangat merugikan jika para pelajar di universiti tidak dapat menguasai penggunaan komputer dengan efisyen kerana pihak Universiti telah menyediakan kemudahan akses kepada komputer dan Internet yang mencukupi dan terbaik di sekitar kampus.Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk untuk mengkaji tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar UUM.Instrumen yang digunakan ialah borang soalselidik untuk menentu ukur pembolehubah bersandar kajian iaitu tahap penggunaan komputer di kalngan pelajar dan juga mengukur pembolehubah bebas iaitu faktor individu dan faktor persekitaran.Hasil kajian telah membuktikan bahawa tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar adalah sangat rendah iaitu antara satu hingga tiga jam sehari sahaja.Kemahiran pelajar menggunakan perisian komputer seperti pemprosesan perkataan, persembahan, pangkalan data, dan Internet juga adalah amat mendukacitakan.Keadaan ini menggambarkan bahawa pengetahuan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar seperti di permukaan sahaja dan tidak mendalam.Ini mungkin disebabkan kerana para pelajar tidak mengguna dan menguasai perisian lain yang tidak diperlukan untuk kerja-kerja mereka. Sementara bagi perisian yang digunakan pula, mereka hanya setakat tahu penggunaan asas sahaja.Pelajar juga didapati mempunyai sikap yang nuetral terhadap penggunaan komputer. Sikap yang nuetral ini menunjukkan bahawa pelajar akur bahawa komputer adalah penting bagi mereka sebagai pelajar untuk melakukan banyak tugasan dengannya tetapi mereka hanya menggunakan komputer hanya setakat yang diperlukan sahaja tanpa ada minat untuk mendalami penggunaan komputer dan perisian-perisiannya sekali.Gejala ini jika tidak diatasi, ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasrat negara menggunakan ICT sepenuhnya di kalangan masyarakat. Ini golongan pelajar yang merupakan tunggak kemajuan organisasi, masyarakat, dan negara pada masa akan datang dan merakalah yang akan menjadi pengerak kepada modal insan yang diwar-warkan kini oleh pihak kerajaan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11499
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Jun 2013 01:02
Last Modified: 10 Jul 2014 01:49
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7688

Actions (login required)

View Item View Item