Said, Mohd Syahril (2007) Pemuliharaan bangunan rumah kedai traditional di Pekan Melayu dan Pekan Cina di bandaraya Alor Star. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Preview |
PDF
Download (402kB) | Preview |
Abstract
Projek penyelidikan ini merupakan usaha dan langkah awal dalam meningkatkan aktiviti pemuliharaan ke atas bangunan-bangunan warisan di Bandaraya Alor Star bagi menyokong pembangunan pelancongan warisan di Alor Star memandangkan aktiviti pemuliharaan tersebut masih kurang diberi perhatian pada masa sekarang.Justeru, penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti aspek pemuliharaan yang telah dan perlu dilakukan ke atas bangunan-bangunan warisan di Alor Star.Bagaimana pun, skop kajian ini adalah tertumpu kepada aspek pemuliharaan bangunan-bangunan rumah kedai tradisional yang terletak di Pekan Cina dan Pekan Melayu yang merupakan kawasan awal kewujudan pusat perdagangan di Alor Star pada zaman dahulu.Terdapat 205 bangunan rumah kedai tradisional di kawasan kajian dan kajian dilakukan untuk mengenalpasti keadaan fasad dan struktur bangunan-bangunan rumah kedai tradisional serta aspek pemuliharaan yang diperlukan ke atas bangunan-bangunan tersebut.Hasil kajian ini dapat membantu khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam membekalkan maklumat pemuliharaan bangunan warisan dan seterusnya menentukan tindakan yang perlu diambil bagi memulihara bangunan-bangunan yang telah uzur di Bandaraya ini.Selain itu, kajian penting dalam usaha menjadikan pelancongan warisan sebagai altenatif kepada aktiviti pelancongan di Bandaraya Alor Star pada masa hadapan.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 11675 |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 13 Jun 2013 07:21 |
Last Modified: | 09 Jul 2014 00:37 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7770 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |