mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan kemeruapan kadar bunga/kadar keuntungan ke atas hasil sekuriti Kerajaan Malaysia

Mohammad Bahar, Nor Fadzlin (2007) Kesan kemeruapan kadar bunga/kadar keuntungan ke atas hasil sekuriti Kerajaan Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Fadz.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (234kB)
[thumbnail of 1.Nor Fadzlin Mohammad Bahar.pdf]
Preview
PDF
Download (238kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan kemeruapan kadar bunga jangka pendek ke atas hasil sekuriti kerajaan Malaysia dan kekuatan hubungan tersebut bagi sekuriti kerajaan Malaysia berjangka panjang.Secara perbandingan, kajian ini turut melihat kesan kemeruapan kadar keuntungan jangka pendek ke atas hasil sekuriti kerajaan Malaysia yang diisu secara prinsip Syariah.Dengan meletakkan kadar bunga dan kadar keuntungan jangka pendek sebagai pemboleh ubah stokastik dalam model GARCH-M didapati kemeruapan kadar bunga jangka pendek Bil Perbendaharaan Malaysia tiga bulan mempengaruhi hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 dan 20 tahun secara positif dan signifikan.Sekuriti Kerajaan Malaysia lima dan tujuh tahun turut menunjukkan hubungan yang positif tetapi tidak signifikan.Menariknya, hubungan positif di antara kemeruapan kadar bunga dan hasil sekuriti kerajaan bagi keempat-empat sekuriti kerajaan tersebut adalah semakin bermakna apabila tempoh matang semakin panjang.Situasi yang sama turut ditemui dalam analisis sekuriti kerajaan berprinsip Syariah iaitu wujud hubungan yang positif dan signifikan di antara kemeruapan kadar keuntungan jangka pendek Bil Perbendaharaan Islam Malaysia tiga bulan ke atas hasil Terbitan Pelaburan Kerajaan lima dan tujuh tahun.Nilai signifikan kedua-dua sekuriti tersebut juga menunjukkan hubungan positif yang semakin bermakna apabila tempoh matang Terbitan Pelaburan Kerajaan meningkat dari lima tahun ke tujuh tahun.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11648
Uncontrolled Keywords: Sekuriti Kerajaan Malaysia, Prinsip Timbal-Balik (Trade-off), Struktur Jangka Masa Kadar Bunga, GARCH-M
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Jun 2013 02:12
Last Modified: 09 Jul 2014 00:43
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7802

Actions (login required)

View Item View Item