mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penukaran agama kepada Islam: Implikasi undang-undang terhadap perkahwinan

Mohd Noor, Nor Azlina (2008) Penukaran agama kepada Islam: Implikasi undang-undang terhadap perkahwinan. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Lap.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (515kB)
[thumbnail of 1.Nor Azlina Mohd Noor.pdf]
Preview
PDF
Download (339kB) | Preview

Abstract

Pertukaran agama daripada satu agama kepada satu agama yang lain merupakan satu perkara yang boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.Isu pertukaran agama salah seorang daripada pasangan suami atau isteri dalam perkahwinan sivil kepada Islam telah menimbulkan pelbagai implikasi dan masalah dalam undang-undang keluarga di Malaysia.Ini adalah kerana apabila salah seorang daripada pasangan tersebut memeluk agama islam, mereka tidak lagi tertakluk di bawah peruntukan undang-undang yang sama.Antara isu yang pastinya timbul adalah status perkahwinan pasangan yang terlibat dalam konflik ini .Kajian ini akan melihat kedudukan status pasangan yang terlibat iaitu samaada hubungan mereka masih kekal atau terputus kesan daripada pertukaran agama tersebut.Selain daripada itu, penyelidik juga akan mengkaji kedudukan undang-undang Islam dan sivil tentang tanggungjawab perkahwinan yang meliputi isu hak nafkah dan penjagaan anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut.Penyelidik juga akan membincangkan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang menjadi penyumbang kepada konflik yang berterusan kepada pasangan yang pada asalnya memeterai suatu kontrak perkahwinan sivil namun kemudiannya salah seorang daripada mereka memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11656
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Jun 2013 03:12
Last Modified: 08 Jul 2014 01:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7803

Actions (login required)

View Item View Item