mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi mahasiswa terhadap pemasaran buku ilmiah secara online oleh penerbit-penerbit IPTA di Malaysia

Yahya, Maizatul Azura and Ahmad, Ainal Akmar Persepsi mahasiswa terhadap pemasaran buku ilmiah secara online oleh penerbit-penerbit IPTA di Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of mAI.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (444kB)

Abstract

Proses pemasaran buku telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi.Jika dahulu kaedah pemasaran konvensional menggunakan khidmat orang tengah digunakan tetapi dengan kepesatan teknologi, kaedah pemasaran secara online dilakukan oleh penerbit.Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap pemasaran buku ilmiah secara online oleh penerbit-penerbit IPTA di Malaysia.Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan Teori TAM (Technology Acceptance Model) oleh Davis (1989).Subjek kajian terdiri daripada 305 orang pelajar yang mengikuti kursus BLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan pada semester pertama sesi 2007/2008.Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik.Hasil keputusan analisis deskriptif dan analisis inferensi ke atas dapatan kajian mendapati kebolehgunaan, keinginan mengguna, dan kesenangan pelajar menggunakan laman web penerbit dipengaruhi oleh faktor kemahiran internet yang dimiliki oleh mereka.Malah, kebanyakan responden akan menggunakan laman web penerbit untuk mendapatkan maklumat sekiranya mereka beranggapan laman web yang dilayari mempunyai kaitan dengan pembelajaran mereka.Walau bagaimanapun, kajian juga mendapati para pelajar masih menggunakan pendekatan konvensional kerana faktor transaksi internet yang memerlukan urusniaga dijalankan menggunakan kad kredit.Justeru, dapatan kajian telah dapat membuktikan bahawa kebolehgunaan, keinginan mengguna, kesenangan mengguna dan kemahiran internet yang dimiliki saling berkait di antara satu sama lain untuk mempengaruhi persepsi mereka terhadap pemasaran buku secara online.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11688
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Jun 2013 04:54
Last Modified: 19 Jun 2013 04:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7808

Actions (login required)

View Item View Item