mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan hisbah dengan penghargaan kendiri pelajar

Shaari, Azemi and Sayuti, Rusimah and Abu Yazid, Afifah and Makhsin, Mardzelah (2006) Hubungan hisbah dengan penghargaan kendiri pelajar. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of aZ.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (506kB)
[thumbnail of 1.Azemi Shaari.pdf]
Preview
PDF
Download (445kB) | Preview

Abstract

Konsep Hisbah sebagai satu mekanisme kawalan dalaman manusia yang terkandung di dalam ajaran Islam.Dalam kajian ini ia akan dikaitkan dengan penghargaan kendiri atau disebut secara meluas sebagai 18self esteem 19 seseorang. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penghargaan kendiri dan hisbah diri pelajar berdasarkan latarbelakang demografi.Selain itu pengujian dilakukan untuk megukur hubungan di antara hisbah dan penghargaan kendiri.Enam elemen yang digunapakai ialah Musyaratah, muraqabah, muhasabah, muaqabah, mujahadah dan muatabah. Manakala elemen dalam penghargaan kendiri ialah intrinsik diri, ekstrinsik keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Seramai 1973 orang responden telah terlibat dan dipilih secara rawak berstruktur di beberapa daerah terpilih di seluruh negeri Kedah.Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai hisbah diri dan penghargaan kendiri pada tahap yang sederhana.Hasil ujian correlation pearson menunjukkan hisbah diri yang tinggi akan diikuti dengan penghargaan kendiri yang tinggi.Hasil ujian t menunjukkan pelajar perempuan mempunyai hisbah diri yang lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar lelaki.Manakala pelajar lelaki mempunyai penghargaan kendiri yang lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar perempuan.Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam hisbah diri dan penghargaan kendiri berdasarkan aliran kelas.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11252
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 17 Jun 2013 01:30
Last Modified: 11 Nov 2020 08:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7836

Actions (login required)

View Item View Item