Tang, Swee Mei and Yusof, Ab. Aziz and Jamal Khan, Mohamad Khan and Lim, Kong Teong and Shaari, Abdull Sukor (2006) Hubungan keadilan penilaian prestasi dengan prestasi organisasi sekolah zon utara Semenanjung Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (733kB) |
|
Preview |
PDF
Download (473kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau hubungan keadilan penilaian prestasi organisasi sekolah yang diukur melalui komitmen kerja guru, motivasi kerja guru, kepuasan kerja guru, dan pencapaian akademik pelajar organisasi sekolah.Daripada 110 buah sekolah yang disampelkan dalam kajian ini, sebanyak 86 buah sekolah telah mengembalikan set borang soal selidik yang lengkap dan mencukupi untuk kajian ini, iaitu 78% kadar respon.Hasil kajian mendapati keadilan penilaian prestasi adalah tidak begitu memberangsangkan.Sementara aspek prestasi organisasi sekolah, didapati responden guru tidak begitu berpuashati dengan kerja mereka, dan motivasi kerja juga agak tidak begitu memuaskan.Walau bagaimanapun, komitmen kerja guru agak memberangsangkan.Dari segi perkaitan antara keadilan penilaian prestasi dengan prestasi organisasi sekolah, didapati secara keseluruhannya kedua-dua aspek adalah berkait secara positif dan adalah signifikan, kecuali perkaitan antara motivasi kerja dengan keadilan prosedur yang tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan.Hasil analisis korelasi kanolik juga menunjukkan kedua-dua aspek iaitu keadilan penilaian prestasi dan prestasi organisasi sekolah mempunyai hubungkait yang signifikan.Berdasarkan analisis regresi pula, didapati wujud perhubungan yang signifikan antara prestasi organisasi sekolah dengan keadilan penilaian prestasi.Kesemua model regresi yang dibentuk mempunyai koefisian penentu yang sederhana tinggi nilainya, iaitu diantara 0.064 dan 0.336.Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan bahawa keadilan penilaian prestasi boleh menyumbang kepada usaha organisasi pendidikan dalam meningkatkan kepuasan kerja, komitmen kerja, dan motivasi kerja di kalangan guru serta prestasi akademik organisasi sekolah.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 11464 |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 30 Jun 2013 07:12 |
Last Modified: | 10 Jul 2014 01:46 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7860 |
Actions (login required)
View Item |