Marican, Sabitha and Abd Aziz, Ahmad Shamsul and Abu Bakar, Md Zawawi (2006) Persepsi gangguan seksual dan budaya tingkah laku devian di sektor awam. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Preview |
PDF
Download (857kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti perkaitan persepsi gangguan seksual dengan budaya tingkah laku devian di tempat kerja, perbezaan dari segi jantina dan hubungannya dengan ketegasan undang-undang dalam organisasi dan perhayatan agama.Kajian ini telah dijalankan di kalangan pentadbir di sektor awam di negeri Kedah dan Selangor yang melibatkan 1097 pentadbir dengan menggunakan rekabentuk keratan rentas.Data kajian telah dikumpul melalui soal selidik dengan bantuan wakil yang dilantik dalam setiap jabatan yang dipilih sebagai sampel kajian.Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan t-test dan korelasi melalui perisian SPSS 12.5.Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan budaya kerja devian dan wanita lebih cenderung mempersepsi gangguan seksual berbanding dengan responden lelaki.Kajian juga mendapati bahawa persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan ketegasan prosedur dalam organisasi.Walau bagaimanapun persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek luaran iaitu bercakap bohong, terlibat dengan suapan, melakukan kezaliman dan berhubungan secara intim sebagai sesuatu yang biasa.Secara kesimpulan kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku devian yang rendah dan prosedur yang tegas boleh meningkatkan persepsi gangguan seksual seseorang terhadap gangguan seksual.Selain dari itu, individu lebih cenderung mempersepsi gangguan seksual apabila individu kurang cenderung dikaitkan dengan aspek luaran penghayatan agama.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 11468 |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 23 Jun 2013 07:51 |
Last Modified: | 10 Jul 2014 01:41 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7863 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |