UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian kebolehpasaran graduan pengurusan teknologi: Persepsi graduan dan majikan


Mohd Yusof, Shahrul Azmi and Lim, Kong Teong and Zulkifli, Abdul Nasir and Che Mat, Ruzinoor and Mohamed Udin, Zulkifli (2007) Kajian kebolehpasaran graduan pengurusan teknologi: Persepsi graduan dan majikan. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Sesuatu program akademik perlu dinilai secara berterusan di dalam memperbaiki mutu pengajian yang ditawarkan. Maklumbalas daripada pihak industri adalah merupakan maklumat yang bernilai yang akan membantu ke arah peningkatan kualiti dan berguna dalam menilai kekuatan serta kelemahan yang ada di dalam sesuatu program pengajian.Melalui maklumat tersebut, perancangan yang lebih sistematik dapat dilaksanakan dalam menyediakan pelajar untuk mengharungi dunia pekerjaan kelak.Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi di Universiti Utara Malaysia untuk menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja terkini.Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa Graduan menerima gaji purata melebihi RM1500 sebulan selepas 6 hingga 18 bulan bekerja.79.66% daripada responden graduan dapat dikategorikan dalam kumpulan “Relevan” iaitu graduan yang bekerja di dalam bidang yang bersesuaian dengan bidang Pengurusan Teknologi manakala selebihnya dalam kumpulan “Tidak Relevan”.Sepuluh bidang pengetahuan terpenting yang dikenalpasti oleh graduan “relevan” ialah etika kerja, pengurusan kualiti, pengurusan operasi, pengurusan projek, teknologi pembuatan, perlaksanaan teknologi baru, penyelidikan & pembangunan, pengurusan risiko, pemasaran dan polisi kerajaan.Manakala sepuluh kemahiran dan keupayaan yang berada di tangga teratas senarai kepentingan bagi graduan “relevan” ialah: keupayaan bekerja dalam kumpulan, keupayaan bekerja secara berdikari, menyelesaikan masalah, menentukan keutamaan tugas,pengurusan masa, kemahiran memimpin, memikir secara kreatif, kemahiran interpersonal, kemahiran menyelia, dan bekerja silang fungsi.Majikan “relevan” dan “tidak relevan” telah mengenal pasti sepuluh aspek kemahiran dan keupayaan yang amat penting kepada Graduan Program MOT di tempat kerja iaitu keupayaan bekerja secara berdikari, keupayaan bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, menentukan keutamaan tugas, memikir secara kreatif, mengurus subordinat, komunikasi dalam bahasa Inggeris sama ada secara lisan atau bertulis, penulisan laporan serta pengurusan masa.Keupayaan bekerja dalam kumpulan, keupayaan bekerja secara berdikari, menyelesaikan masalah dan menentukan keutamaan tugas berada di tangga teratas dalam senarai turutan kepentingan kemahiran dan keupayaan bagi graduan dan majikan.Kemahiran pengaturcaraan dan merekabentuk aplikasi berasaskan web pula dikenalpasti sebagai antara aspek paling kurang penting dalam senarai kemahiran dan keupayaan kedua-dua kumpulan graduan dan kumpulan majikan “relevan”.Kumpulan majikan “tidak relevan” mendapati merekabentuk aplikasi web paling kurang penting. Majoriti majikan (>85%) menganggap prestasi kerja adalah memenuhi atau melebihi standard.Hasil kajian cenderung menyokong para Graduan Program MOT memiliki tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan yang diperlukan oleh pihak majikan sama ada mereka bekerja dalam bidang yang relevan ataupun tidak relevan dengan pengurusan teknologi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11478
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Jul 2013 04:33
Last Modified: 09 Jul 2014 00:59
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/7891

Actions (login required)

View Item View Item