mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Petunjuk demo-sosioekonomi luar bandar: Keupayaan sebagai pusat pertumbuhan baru

Golam Hassan, Asan Ali (2007) Petunjuk demo-sosioekonomi luar bandar: Keupayaan sebagai pusat pertumbuhan baru. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of aS.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB)
[thumbnail of 1.Asan Ali Golam Hassan.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembangunan kawasan luar Bandar telah diberi penekanan oleh kerajaan sejak merdeka lagi.Konsep seperti satu kampung satu produk (1K1P), Gerakan Desa Wawasan, Mikro kredit dan lain-lain direka khusus untuk masyarakat luar bandar.Walau bagaimanapun sektor luar bandar mula kurang penting apabila teras ekonomi negara memasuki era perindustrian sejak pertengahan 1980an.Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini isu-isu pembangunan luar bandar telah mula mendapat perhatian semula oleh tokoh-tokoh politik negara.Objektif umum ini ialah untuk menganalisis profil ketua isirumah (KIR), ahli isirumah (AIR), pasaran buruh dan migrasi (keluar dan migrasi) di kawasan luar bandar yang mempunyai prospek untuk dimajukan dengan program industri.Kawasan kajian yang dipilih Terletak dalam Koridor Industri Semenanjung Malaysia dan dalam masa yang sama terletak dalam kawasan Rancangan Kemajuan Pertanian Bersepadu (IADP).Secara khusus kawasan kajian mengikut negeri akan meliputi Perlis, Pusat Separa Wilayah; Kangar dan Pusat Tempatan Utama; Padang Besar, Kuala Perlis, Arau.Manakala untuk negeri Kedah pula meliputi Pusat Separa Wilayah; Kuala Kedah, Jitra, Sg.Petani, Kulim dan Pusat Tempatan Utama; Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang, Pokok Sena, Pendang, Guar Cempedak, Yan, Gurun, Batu Lima, Sik, Merbuk, Bedong, Baling, Kuala Ketil, Sg.Karangan, Serdang, Bandar Baru. Kajian Mendapati kawasan Jeniang merupakan kawasan luarbandar kedua tertinggi kadar kemiskinan sebelum kawasan Kepala Batas.Keputusan model probit menunjukkan semakin tinggi tingkat umur maka semakin tinggi kebarangkalian untuk berpindah.Dari segi jantina pula, semakin tinggi kebarangkalian untuk berpindah adalah dikalangan wanita. Faktor ini disebabkan ramai wanita yang telah berkahwin dan mengikut suami.Selain itu faktor tingkat pelajaran pula merupakan faktor yang mendorong kepada kebarangkalian untuk berpindah.Walau pun begitu dari segi jarak menunjukkan semakin jauh jarak maka semakin kurang kebarangkalian untuk berpindah.Tanggungjawab mengurus rumahtangga, tiada kemahiran dan kelayakan akedemik serta tidak mendapat izin suami dijadikan alasan bagi golongan wanita ini memilih menjadi surirumah sepenuh masa.Penduduk yang terlibat dalam bidang perniagaan tidak begitu menggalakkan di kawasan ini. Kekurangan sumber modal dijadikan alasan utama untuk tidak memilih menjadi usahawan.Kajian ini mencadangkan beberapa aktiviti ekonomi yang boleh dilaksanakan seperti shopping tourism’ di Padang Besar dan Wang Kelian, program ‘homestay’ stay dan lain-lain.Selain industri pembuatan, industri padi dan keluaran padi juga boleh dilaksanakan di negeri Kedah.Dengan penubuhan satu koperasi yang khusus dalam sektor pada dan beras dijangka berupaya mengatasi masalah kekurangan buruh dan kadar pengeluaran yang rendah dan dalam masa yang sama membangunkan industri berasaskan padi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 19372
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jul 2013 04:56
Last Modified: 09 Jul 2014 00:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7920

Actions (login required)

View Item View Item