mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan usahawan di sektor perikanan Malaysia

Mohd Shariff, Mohd Noor and Ali, Jamal and A. Rahman, Badruddin (2006) Pembangunan usahawan di sektor perikanan Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of No.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Pada masa kini, dasar baru kerajaan telah menekankan semula kepentingan sektorn pertanian sebagai penggerak pembangunan ekonomi negara seiring dengan sektor perindustrian dan sektor perkhidmatan.Salah satu sub-sektor yang penting dalam sektor pertanian adalah bidang perikanan.Bagi merealisasikan matlamat tersebut, penglibatan pihak yang terlibat dengan pembangunan sektor perikanan, seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan-persatuan Nelayan (PN) adalah penting.Kajian ini bertujuan mengkaji secara umum keberkesanan PN dalam bidang keusahawanan.Di samping itu kajian secara khususnya mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap kecenderungan keusahawanan di kalangan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK), negeri (PNN) dan pusat (NEKMAT).Kajian ini cuba menganalisis keberkesanan program Pembangunan Usahawan yang dijalankan oleh PNK, PNN dan NEKMAT dan mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi produk perikanan terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan pada masa kini.Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui pengedaran borang soalselidik kepada 280 orang Ahli lembaga Pengarah Persatuan Nelayan yang di pilih secara rawak mudah dan temubual mendalam (in-depth interview) di beberapa buah PNK, PNN dan NEKMAT.Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan analisis deskriptif, ujian-t, ANOVA, MANOVA, Diskriminan serta kajian kes.Analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min responden, manakala ujian-T dan ANOVA digunakan untuk melihat perbezaan min berdasarkan sikap kecenderungan keusahawanan di kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNK,PNN dan NEKMAT.Ujian MANOVA dan analisis Diskriminan digunakan bagi mengkaji pengelasan Pengurus dan Bukan Pengurus (Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah) PNK, PNN dan NEKMAT terhadap sikap kecenderungan keusahawanan.Kajian kes pula di gunakan bagi melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di PNK yang dikenalpasti sebagai persatuan nelayan yang daif, kurang maju dan maju.Hasil kajian mendapati terdapat empat faktor ia itu pendapatan, jawatan, kursus keusahawanan dan status PN mempengaruhi sikap kecenderungan keusahawanan di kalangan ALP PN.Terdapat perbezaan yang signifikan di antara Pengurus dan Bukan Pengurus (Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah) terhadap sikap kecenderungan keusahawanan dengan nilai 65% ketepatan dalam meramalkan keahlian kumpulan berdasarkan klasifikasi koefisien fungsian.Kajian kes mendapati kebanyakan PN masih bergantung kepada perniagaan tradisi seperti jualan minyak diesel, pemasaran ikan, jualan air batu dan medan ikan bakar.Penglibatan PN dalam aktiviti perniagaan lain masih boleh diperkembangkan sekiranya aktiviti kesedaran perniagaan lain boleh disebarkan kepada ALP dan ahli PN.Beberapa cadangan di syorkan oleh ahli-ahli penyelidik bagi program pembangunan usahawan yang sesuai dan lebih baik yang boleh dijalankan oleh PN.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 19364
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jul 2013 08:34
Last Modified: 02 Jul 2013 08:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7928

Actions (login required)

View Item View Item