Arzemi, Amizam (2006) Kualiti dan kuantiti graduan di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Pendekatan nilai ditambah. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (932kB) |
|
Preview |
PDF
Download (540kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menganalisis kualiti dan kuantiti graduan IPTA di Malaysia.Fokus utama kajian ini ialah untuk mengkaji sama ada wujud unsur “nilai ditambah” iaitu peningkatan dari segi keilmuan, kemahiran serta faktor-faktor sampingan lain di kalangan graduan IPTA hasil dari pengalaman pembelajaran yang diterima oleh mereka di universiti.Walau bagaimanapun, fokus terhadap “nilai ditambah” dalam kajian ini hanyalah dari aspek pencapaian akademik graduan sahaja.Kajian ini menggunakan metodologi yang dikemukakan oleh Chapman (1996).Berdasarkan pendekatan tersebut, nilai ditambah diperolehi dengan membandingkan pencapaian akademik graduan IPTA di peringkat prauniversiti (Matrikulasi, STPM dan Diploma) serta pencapaian mereka di peringkat universiti (PMK/CGPA). Justeru, kajian ini cuba menganalisis sama ada graduan IPTA telah mengalami peningkatan prestasi (nilai ditambah) dari segi pencapaian akademik kesan daripada pembelajaran mereka di universiti.Sejumlah 1,322 responden yang merupakan siswazah yang bergraduat pada tahun 2003 daripada enam buah IPTA terpilih (UUM, UKM, UM, UIAM, UPSI dan UNIMAS) terlibat dalam kajian ini.Analisis nilai ditambah dalam kajian ini dilakukan mengikut kumpulan etnik (Melayu, Cina, India, Bumiputra Sarawak dan Bumiputra Sabah) dan mengikut bidang pengajian (Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas, Teknologi Maklumat dan Matematik, Kejuruteraan dan Teknikal, Sains Tulen dan Gunaan serta Undang-undang). Analisis tidak dapat dijalankan ke atas bidang Perubatan disebabkan jumlah responden dalam bidang ini yang terlalu sedikit.Kewujudan unsur “nilai ditambah” di kalangan graduan dapat memberi gambaran mengenai sejauhmanakah keberkesanan dan sumbangan IPTA dalam meningkatkan pencapaian graduan dari segi akademik berbanding pencapaian mereka di peringkat prauniversiti.Berdasarkan dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, jelas menunjukkan yang walaupun wujud unsur “nilai ditambah” di kalangan graduan, terdapat juga unsur “nilai dikurang” yang menunjukkan kemerosotan prestasi graduan di peringkat universiti.Oleh itu, langkah segera perlu diambil oleh pihak IPTA bagi meningkatkan lagi keberkesanan institusi masing-masing dalam mentransformasikan input-input (pelajar) mereka kepada output (graduan) yang lebih cemerlang dari segi akademik.Di samping itu, kajian ini juga turut mengenalpasti pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik graduan semasa di universiti yang secara umumnya dapat digunakan sebagai garis panduan kepada semua IPTA di Malaysia untuk tujuan penambahbaikan.Namun begitu, bukanlah menjadi matlamat kajian ini untuk menyarankan sebarang cadangan kepada IPTA di Malaysia berkenaan cara untuk meningkatkan kualiti graduan di institusi masing-masing dan berhenti setakat menganalisis kedudukan kualiti dan kuantiti graduan IPTA di Malaysia dari segi akademik sahaja.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 19369 |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 02 Jul 2013 08:44 |
Last Modified: | 10 Jul 2014 00:17 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7934 |
Actions (login required)
View Item |