mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi dan amalan pemasaran online oleh penerbit IPTA di Malaysia

Yahya, Maizatul Azura and Mohd Hadza @ Othman, Mohd Baharudin (2005) Persepsi dan amalan pemasaran online oleh penerbit IPTA di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Komunikasi ke-2, 18-19 Disember 2004, Hotel City Bayview, Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of persepsi_dan_amalan_pemasaran_online.pdf]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang penggunaan laman web dalam pemasaran buku ilmiah di Malaysia oleh penerbit-penerbit universiti. Melalui kajian ini juga, persepsi penerbit terhadap konsep dan peranan pemasaran online dan keberkesanannya sebagai satu kaedah pemasaran terkini akan diketengahkan. Selain menyentuh tentang infrastruktur pemasaran yang dimiliki penerbit serta persepsi mereka terhadap pemasaran menggunakan laman web, kajian ini juga akan mmghuraikan persembahan laman web penerbit dari segi kesesuaiannya dengan fungsi pemasaran. Reka letak dan isi kandungan laman web ini dikaji kerana kedua-dua aspek ini adalah komponen penting dalam menentukan kejayaan pemasaran dalam talian. Walaupun laman web menjanjikan peluang yang lebih baik kepada para penerbit untuk meluaskan pasaran mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi, namun dengan prospek pasaran buku-buku ilmiah di negara yang kecil serta terhad permintaannya seperti Malaysia menyebabkan kaedah ini tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya oleh penerbit-penerbit universiti terbabit. Ini kerana, kebanyakan kandungan buku ilmiah (hasil karya pengarang tempatan) yang berada di pasaran lebih tertumpu kepada pasaran dalam negara dan tidak bersifat global. Hanya sebahagian kecil sahaja diterbitkan untuk pasaran antarabangsa. Keadaan ini nyata berbeza dengan bahan-bahan bacaan ilmiah terbitan luar negara yang kandungannya lebih bersifat global dan sejagat menyebabkan pasarannya lebih meluas dan diterima di seluruh dunia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 06 Oct 2010 10:19
Last Modified: 21 Dec 2016 02:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/811

Actions (login required)

View Item View Item