mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Implikasi pembangunan gunatanah terhadap pencemaran sungai di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah

Ismail, Hamidi and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Mariyappan, Raman Implikasi pembangunan gunatanah terhadap pencemaran sungai di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Laporan Penyelidikan. (Unpublished)

[thumbnail of Hamidi-_UTHM.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (303kB)

Abstract

Pembangunan pesat dalam kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Kedah dari aspek pertanian, kediaman, industri dan perniagaan pastinya memberikan kesan kepada ekosistem lembangan saliran khususnya kualiti air sungai.Menurut Gardner dan Stern (1996) dan Goode (1990), masalah kemerosotan ekosistem bandar jelas berlaku akibat daripada aktiviti manusia dalam proses pembangunan sesebuah bandar. Ekoran daripada masalah kemerosotan ekosistem ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi dilema serta cabaran kerana berhadapan dengan manusia yang secara umumnya merupakan unsur aktif dalam proses pembangunan sesebuah bandar.Malah, menurut Jamaluddin Md. Jahi (1996), bandar yang saban hari berkembang dan dipenuhi dengan aktiviti manusia cenderung mengundang pelbagai masalah berkaitan dengan kemerosotan alam sekitar fizikal.Tambahan pula, menurut ESCAP (2006), peningkatan jumlah penduduk saban tahun berlaku yang sekaligus mengundang darjah peningkatan kemusnahan ekosistem dengan peningkatan penggunaan bahan, tenaga dan teknologi.Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti tahap kualiti air sungai dalam kawasan MDKP.

Item Type: Article
Additional Information: Kod S/O: 12074
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Jun 2013 07:53
Last Modified: 30 Jun 2013 07:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/8116

Actions (login required)

View Item View Item