mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kemasukan buruh Thailand ke negeri-negeri utara semenanjung: Profil dan implikasi ekonomi

Mohamed Berawi, Fuad and Golam Hassan, Asan Ali and Lim, Hock Eam and Abdullah, Norehan and Abdullah, Hussin and Maamor, Selamah (2011) Kemasukan buruh Thailand ke negeri-negeri utara semenanjung: Profil dan implikasi ekonomi. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of fUAD.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (569kB)
[thumbnail of 1.FUAD MOHAMED BERAWI.pdf]
Preview
PDF
Download (333kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor kemasukan buruh asing Thailand yang bekerja di negeri utara semenanjung Malaysia dengan mengenal pasti profil demografi buruh terlibat, menganalisis pekerjaan, pendapatan, majikan, faktor tolakan dan tarikan migrasi, serta dokumen kemasukan.Kebanyakan responden adalah perempuan Islam berusia 30 tahun yang boleh berbahasa Melayu, menamatkan persekolahan menengah, dan telah berkahwin dengan pasangan dari Thailand.Kemasukan ke Malaysia menunjukkan trend yang meningkat dari setahun ke setahun dengan kemasukan tertinggi pada awal tahun dari daerah yang bersempadan dengan Malaysia. Walaupun berpendapatan sekitar RM745.05 dan jumlah jam kerja sekitar 10 jam sehari tetapi ia lebih tinggi daripada pendapatan di tempat asal (RM543.37). Ditambah dengan kemudahan makanan dan tempat tinggal, mereka mampu menghantar pulang ke kampung RM335.89. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama penghijrahan adalah desakan ekonomi sama ada tiada pekerjaan (49 peratus) atau kemiskinan (41 peratus).Kemudahan keluar masuk ke Malaysia walaupun tanpa dokumen sah serta aliran keluar mata wang negara perlu dipantau bagi mengelak kesan jangka panjang yang berterusan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11824
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
J Political Science > JV Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mr. Fuad Mohamed Berawi
Date Deposited: 10 Jun 2013 03:16
Last Modified: 24 Apr 2016 04:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/8127

Actions (login required)

View Item View Item