Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani (2013) Satu undi boleh merubah segalanya... (4 April 2013). in mStar Online, Star Publications (Malaysia) Bhd.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (99kB) |
Abstract
AKHIRNYA pengumuman yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kunjung jua. Tepat jam 11.35 pagi 3 April 2013, Parlimen Malaysia bubar jua selepas lima tahun Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) berlangsung. Ketika catatan ini dicoret, semua negeri juga telah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing kecuali Sarawak yang telah pun mengadakan pemilihan peringkat negeri tahun lalu. Gendang sudah dipalu. Pastinya strategi sudah diatur. Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu. Masing-masing sudah memasang harapan dan matlamat tersendiri. BN pasti ingin mempertahankan kemenangan pada PRU-12 malah berazam untuk mencapai jauh lebih baik di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan PR pula pasti mahu berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Additional Information: | KOLUMMNIS : DARI RANTAU |
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions Asia |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri |
Date Deposited: | 05 Aug 2013 07:32 |
Last Modified: | 05 Aug 2013 07:32 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/8616 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |