UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Analisa jurang pelaksanaan amalan 5S: Kajian kes jabatan pentadbiran di Universiti Utara Malaysia (UUM)


Mohd Asaad, Mohd Norhasni and Yusoff, Rushami Zien and Mohd Mokhtar, Sany Sanuri (2013) Analisa jurang pelaksanaan amalan 5S: Kajian kes jabatan pentadbiran di Universiti Utara Malaysia (UUM). International Journal of Business and Technopreneurship, 3 (1). pp. 141-159. ISSN 2231-7090

Full text not available from this repository.

Abstract

Globalisasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, krisis ekonomi yang tinggi adalah faktor yang paling kritikal yang mempengaruhi kejayaan syarikat-syarikat pembuatan di pasaran global. Seiring dengan pengembangan global, kerajaan Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah merancang langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan. Terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu Seragam dan Sentiasa Amal). Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan di dalam industri telah membuktikan amalan 5S membantu meningkatkan prestasi namun masih sedikit kajian amalan 5S yang dijalankan terhadap sektor perkhidmatan awam. Hasil kajian terdahulu mendapati terdapat organisasi yang berjaya melaksanakan 5S dan tidak kurang juga yang mengalami kegagalan.Oleh sebab itu kajian ini memberi fokus terhadap jurang pelaksanaan 5S di jabatan-jabatan pentadbiran UUM. Sebanyak 61 buah jabatan pentadbiran UUM terlibat dalam penilaian amalan 5S. Hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amalan 5S di UUM melebihi tahap sederhana dan menjurus kepada tahap yang baik. Kebanyakan jabatan di UUM memperoleh pengiktirafan dua hingga tiga bintang. Hanya sebuah jabatan yang telah mencapai pengiktirafan lima bintang. Amalan 5S di UUM boleh dipertingkatkan dengan memberi penekanan kepada kategori pembudayaan dan kategori inovasi & penambahbaikan berterusan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: 5S, prestasi organisasi, budaya organisasi, inovasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
T Technology > TS Manufactures
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Mohd Norhasni Mohd Asaad
Date Deposited: 26 Sep 2013 07:16
Last Modified: 18 Apr 2016 08:02
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9124

Actions (login required)

View Item View Item