mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sistem penapisan untuk mengatasi ancaman internet dalam pendidikan

Hambali, Hamirul ’Aini and Harun, Hazaruddin (2002) Sistem penapisan untuk mengatasi ancaman internet dalam pendidikan. In: Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, 2002. (Unpublished)

[thumbnail of h.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (79kB)

Abstract

Internet merupakan satu media yang popular pada masa ini kerana banyak membantu pengguna untuk mencari dan menyebar maklumat.Walau bagaimanapun, terdapat maklumat dalam Internet yang tidak sesuai dan merbahaya terutama bagi golongan pelajar.Bagi menghalang pelajar daripada mencapai bahan-bahan negatif ini, industri perisian telah mengambil langkah membangunkan sistem perisian yang boleh menapis kandungan Internet.Bagaimanapun perisian penapisan yang sedia ada masih tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik di mana ia gagal menapis seratus peratus bahan yang tidak sepatutnya tetapi pada masa yang sama ia menahan beberapa peratus bahan yang sepatutnya boleh diterima. Perisian yang ada juga lebih menumpukan kepada penapisan bahan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris sedangkan bahan yang tidak sesuai untuk pelajar terdapat juga dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini telah membangunkan perisian penapisan Internet yang menggunakan pendekatan berasaskan agen dan mekanisma gabungan beberapa katakunci Bahasa Melayu bagi membolehkan ia berfungsi dengan lebih berkesan. Katakunci yang digunakan dalam menentukan halaman mana yang perlu ditapis atau dilepaskan telah dipecahkan kepada dua kategori iaitu katakunci ‘halang’ dan katakunci ‘lepas’. Perisian dalam kajian ini mengaplikasikan ciri-ciri agen dan seterusnya dapat menapis atau melepaskan kandungan Internet yang mengandungi katakunci-katakunci tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Nov 2013 08:49
Last Modified: 07 Dec 2016 06:40
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9347

Actions (login required)

View Item View Item