UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pemilihan jawatankuasa pembangunan pelajar kolej kediaman menggunakan pendekatan proses hirarki analitik kabur: Kajian kes di Universiti Utara Malaysia


Mohd Harif, Mohd Amy Azhar and Zaini, Bahtiar Jamili and Mat Yusof, Muhammad and Mansor, Rosnalini and Ahmad, Nazihah (2006) Pemilihan jawatankuasa pembangunan pelajar kolej kediaman menggunakan pendekatan proses hirarki analitik kabur: Kajian kes di Universiti Utara Malaysia. In: http://core.kmi.open.ac.uk/display/11777299, 2006, --. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (71kB)

Abstract

Kepimpinan di peringkat kolej memainkan peranan penting dalam memastikan pelbagai program di kolej-kolej kediaman berjalan lancar.Kajian ini membincangkan mengenai proses yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama Pengetua Kolej Kediaman bagi membuat pemilihan kepimpinan pelajar bagi memegang jawatanjawatan utama kolej iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman (JPPK).Dua objektif telah dikenalpasti bagi tujuan kajian ini, iaitu i) mengenal pasti kriteria yang dicadangkan bagi digunakan dalam pemilihan JPPK Kolej di UUM, dan ii) menentukan calon yang sesuai bagi memegang jawatan utama iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden JPPK Kolej.Melalui kajian ini, empat faktor utama telah dikenal pasti dalam pemilihan jawatan utama JPPK kolej iaitu faktor karismatik, komunikasi interpersonal, karakter diri dan keperibadian.Bagi menentukan pilihan JPPK yang ideal, sebuah kolej kediaman di UUM telah dipilih bagi menentukan pelajar yang ideal memegang jawatan JPPK kolej kediaman tersebut.Pemilihan ini dibuat berdasarkan teknik Proses Hirarki Analitik dan nilai keserasian yang diperolehi melalui kaedah TOPSIS dalam persekitaran kabur.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Pelajar, Proses Hirarki Analitik, TOPSIS.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 08 Dec 2013 08:04
Last Modified: 08 Dec 2013 08:04
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9393

Actions (login required)

View Item View Item