Hamed, Abu Bakar and Md Yusof, Syarifah (2008) Jaringan usahawan holistik: Strategi usahawan menuju al-falah. In: Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan , 15 Oktober 2008, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. (Unpublished)
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (125kB) |
Abstract
Kepentingan memahami konsep jaringan usahawan amat penting dalam dunia perniagaan kontemporari kerana jaringan usahawan menjadi satu strategi untuk usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka.Namun kebanyakan skop penulisan semasa tentang jaringan keusahawan dan kejayaan usahawan terhad ruang lingkupnya.Lazimnya perbincangan jaringan usahawan hanya memfokuskan kepada jaringan perniagaan dengan pihak berkepentingan secara langsung dan tidak langsung dengan perniagaan seperti pelanggan, pembekal, pembiaya, pekerja, kerajaan dan beberapa pihak lain.Manakala kejayaan yang ingin dicapai hanya tertumpu kepada kejayaan material iaitu keuntungan semata-mata. Dengan kata lain, kejayaan hanya terhad kepada ruang lingkup kehidupan di dunia sahaja.Dari perspektif Islam, kejayaan di dunia dan akhirat atau al-falah sepatutnya menjadi matlamat usahawan bagi mendorong kejayaan perniagaan.Usahawan boleh mengeksploitasi jaringan usahawan sebagai strategi mencapai al-falah. Kertas kerja ini seterusnya akan membincangkan jaringan usahawan menyeluruh meliputi jaringan diri usahawan dengan Pencipta sebagai asas kepada jaringan-jaringan usahawan seterusnya.Jaringan tersebut akan menjadi panduan kepada aktiviti jaringan perniagaan bagi memajukan perniagaan usahawan.Seterusnya dengan asas hubungan dengan Pencipta dan kemajuan perniagaan, usahawan dapat mewujudkan jaringan yang lebih harmoni dan bertanggungjawab dengan masyarakat dan alam sejagat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 24 Dec 2013 03:23 |
Last Modified: | 26 Apr 2016 02:59 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9428 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |