UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Budaya sekolah, kepemimpinan transformasional dan pencapaian akademik pelajar


Daud, Yaakob and Don, Yahya (2012) Budaya sekolah, kepemimpinan transformasional dan pencapaian akademik pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 9. pp. 111-139. ISSN 1675-8110

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (421kB)

Abstract

Tujuan – Budaya sekolah dan kepemimpinan sekolah mampu menyumbang kepada pencapaian dan motivasi murid, kepuasan dan produktiviti guru.Kajian ini meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan transformasional dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.Metodologi – Kajian korelasi ini melibatkan 657 orang guru dan 141 guru besar sekolah daripada 141 buah sekolah di negeri Kedah. Instrumen Budaya Sekolah dan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) digunakan sebagai instrumen kajian. Di samping itu, temu bual berstruktur melibatkan empat orang guru besar dan 16 orang guru penolong bertujuan mengenal pasti nilainilai positif yang diamalkan di sekolah turut dibuat.Dapatan – Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifi kan antara persepsi guru-guru di sekolah berpretasi tinggi dan persepsi guru-guru di sekolah berprestasi rendah terhadap amalan budaya sekolah mereka, dan budaya sekolah mempunyai hubungan yang positif dan signifi kan dengan kepemimpinan transformasional. Kepentingan – Implikasi kajian ini adalah budaya sekolah dan kepemimpinan transformasional mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, budaya sekolah positif dan kepimpinan transformasional dijangka boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Budaya, kepemimpinan transformasional, sekolah rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Yaakob Daud
Date Deposited: 31 Mar 2014 07:48
Last Modified: 31 Mar 2014 07:48
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9556

Actions (login required)

View Item View Item