UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

71 pasukan IPT sertai karnival bola keranjang 3on3 IPT 2013


Harian Ekspres, (KK) (2013) 71 pasukan IPT sertai karnival bola keranjang 3on3 IPT 2013. (3 December 2013). in Harian Ekspres, p. p. 11.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (195kB)

Abstract

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai Karnival Bola Keranjang 3on3 IPT 2013 dari 7 hingga 10 Nov ini di Teluk Chempedak, Pahang.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Yuserrie Zainuddin berkata penganjuran karnival kali keempat' itu bertujuan membudayakan sukan bola keranjang dalam kalangan pelajar IPT. "Kejohanan pada kali ini hanya menumpukan penyertaan dalam kalangan pelajar IPT dan tidak melibatkan kategori pelajar sekolah seperti sebelum ini untuk memberi fokus kepada pembentukan pasukan bola keranjang kejohanan Sukan Universiti Asia (AUG) 2014 di Palembang. "Kita mahu mencari bakat baharu dalam sukan bola keranjang untuk pembangunan sukan bola keranjang setanding dengan negara luar," katanya kepada pemberita di Wisma Majis Olimpik Malaysia (MOM), di sini pada Isnin.Karnival yang disertai oleh 46 pasukan lelaki dan 25 pasukan wanita itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM11.400, piala pusingan, piala iringan, pingat dan sijil penyertaan.Antara pasukan yang akan mengambil bahagian ialah dari Universiti Sains Malaysia,Universiti Utara Malaysia,Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu dan Sunway University.

Item Type: Newspaper
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mdm NurFatin Mohd Khair
Date Deposited: 12 Mar 2014 03:24
Last Modified: 12 Mar 2014 03:24
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9708

Actions (login required)

View Item View Item