UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kursus penghayatan karya agung Melayu dalam program pensiswazahan guru sekolah rendah


Yusoff, Nuraini (2013) Kursus penghayatan karya agung Melayu dalam program pensiswazahan guru sekolah rendah. In: 23rd HISKI Conference on Literature, 6-9 November 2013, Lambung Mangkurat University, Banjarmasin. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pada masa membentangkan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh,Perdana Menteri Malaysia telah mengusulkan supaya dipertingkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan kualiti guru.Usul ini antaranya menghasilkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR) yang mensasarkan 60 peratus daripada gurunya memperoleh ijazah. Oleh itu, mauduk utama yang dibicarakan dalam makalah ini ialah ilmu guru khususnya kualiti ilmu guru.Sebagai latar, makalah ini menelusur beberapa konsep seperti pendidikan karakter dan nilai. Dipaparkan juga beberapa kajian yang bersangkut dengan kepentingan kesusasteraan. Makalah ini juga menyentuh berkenaan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru (Killen, 2007) menyangga PPGSR kerana terdapat komponen kualiti ilmu dari segi kandungan, gaya pengajaran dan gaya pembelajaran yang menjurus kepada ilmu pedagogi kandungan. Seterusnya dijelaskan secara ringkas berkaitan kursus Penghayatan Karya Agung Melayu.Seramai 103 orang guru di Kelantan dan 124 orang guru di Kedah mengikuti kursus yang penulis kendalikan.Daripada pencerapan didapati bahawa berlaku perubahan dari segi ilmu kandungan guru,iaitu dari segi ketepatan, keluasan dan kedalaman.Guru didapati lebih arif tentang pantun dan peribahasa jika dibandingkan dengan prosa klasik.Dari segi persepsi guru pula didapati mereka memikirkan cara menggunakan karya agung Melayu untuk menyerapkan nilai-nilai seperti pembetukan jati diri dan semangat, menghargai khazanah warisan, usaha menuntut ilmu, bekerjasama, hormat-menghormati, menggunakan aka1 fikiran, nilai persaudaraan, ganjaran, pesanan dan pedoman, nilai estetik dan pelbagai nilai lagi dalam kalangan murid-murid.Boleh dikatakan melalui PPGSK ini guru dapat menimba ilmu kesusasteraan warisan bangsa yang mula terpinggir di samping menjadi perantara yang akan membantu dalam pembinaan karakter bangsa Malaysia.Kajian seterusnya perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan ilmu pedagogi kandungan kerana guru-guru ini juga mendapat input gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dari kursus-kursus yang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff
Date Deposited: 10 Mar 2014 08:59
Last Modified: 10 Mar 2014 08:59
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9877

Actions (login required)

View Item View Item