mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesahihan model gelagat dividen Lintner dalam persekitaran pasaran modal Malaysia

Abdullah, Nur Adiana Hiau and Ab Rashid, Rosemaliza (2002) Kesahihan model gelagat dividen Lintner dalam persekitaran pasaran modal Malaysia. In: Landskap kewangan 2002. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 61-68. ISBN 9832479223

[thumbnail of NurAd.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (644kB)

Abstract

Menurut model Lintner mengenai gelagat dividen, perubahan dalam dividen adalah dipengaruhi oleh dividen masa lampau dan perolehan semasa.Artikel ini membentangkan hasil kajian penulis yang menguji sama ada model ini dapat menerangkan gelagat dividen syarikat-syarikat tersenarai di Papan Utama,Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) dalam tempoh 1983 hingga 1998.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah di dalam model Lintner hanya dapat menerangkan sebahagian daripada variasi perubahan dividen syarikat di Malaysia.Perbandingan dengan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kadar kecepatan penyelasaran adalah hampir dengan nilai yang dicatatkan dalam pasaran modal negara maju tetapi nisbah pembayaran dividen sasaran adalah lebih rendah.Kajian ini merumuskan bahawa syarikat tersenarai di Malaysia lebih cenderung untuk menahan sebahagian besar daripada perolehan syarikat bagi memenuhi keperluan pelaburan semula dan pertumbuhan yang lebih besar.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Dr. Nur Adiana Hiau Abdullah
Date Deposited: 11 Mar 2014 06:52
Last Modified: 11 Mar 2014 06:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9878

Actions (login required)

View Item View Item