mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan kedinamikan dalaman dengan keberkesanan pasukan maya: Satu tinjauan di organisasi bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang terpilih

Aripin, Norizah and Mustafa, Hasrina and Hussein, Adnan (2013) Hubungan kedinamikan dalaman dengan keberkesanan pasukan maya: Satu tinjauan di organisasi bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang terpilih. In: International Conference Media and Communication Transformation, 26-28 November 2013, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

[thumbnail of N.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti hubungan kedinamikan dalaman pasukan maya dari segi kekerapan penggunaan meda komunikasi dengan keberkesanan pasukan maya.Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedar 363 soal selidik kepada staf yang berpengalaman bekerja berorientasikan pasukan maya dalam organisasi bertaraf MSC di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara kekerapan penggunaan media komunikasi (panggilan telefon, mel suara, faks, e-mel, pemesejan segera, telepersidangan audio, telepersidangan video, sistem pangkalan data bersama, dan komunikasi bersemuka) dengan keberkesanan pasukan maya (pencapaian pasukan, kepuasan ahli pasukan dan kualiti pembuatan keputusan pasukan). Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan penggunaan faks, pemesejan segera, e-me], dan sistem pangkalan data bersama mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya.Hasil kajian juga membuktikan bahawa kekerapan penggunaan komunikasi bersemuka mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Walau bagaimanapun, penggunaan panggilan telefon, mel suara, telepersidangan audio, dan telepersidangan video tidak mempunyai hubungan yang sign i fikan dengan keberkesanan pasukan maya.Berdasarkan hasil kaj ian ini, penggunaan faks, pemesejan segera, e-me1 dan sistem pangkalan data bersama menyumbang kepada keberkesanan pasukan maya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-2795-26-1
Uncontrolled Keywords: Kekerapan Penggunaan Media Komunikasi dan Keberkesanan Pasukan Maya
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Norizah Aripin
Date Deposited: 05 Jan 2014 08:43
Last Modified: 08 Apr 2015 02:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10005

Actions (login required)

View Item View Item