mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Skim Guru Cemerlang Malaysia: Keupayaan menjana sumbangan guru terhadap rakan sebaya

Saidin, Khaliza and Osman, Rafisah (2014) Skim Guru Cemerlang Malaysia: Keupayaan menjana sumbangan guru terhadap rakan sebaya. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25 - 26 September 2014, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). (Unpublished)

[thumbnail of Kha.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (414kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meninjau kesan Skim Guru Cemerlang Malaysia sebagai satu skim kenaikan pangkat dan ganjaran kepada guru dalam meningkatkan keupayaan Guru Cemerlang dalam menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka kepada rakan sebaya. Kaedah temubual dilaksanakan melibatkan orang Guru Cemerlang di Negeri Kedah. Data dianalisa menggunakan NVIVO 9 dengan mengenalpasti tema mengikut kategori.Dapatan kajian melaporkan yang Guru Cemerlang telah memainkan peranan serta sumbangan dari sudut ilmu kepakaran dan kemahiran mereka kepada rakan sebaya samada diperingkat dalaman mahupun luaran sekolah. Dapatan kajian menyokong hasrat kerajaan mewujudkan Skim Guru Cemerlang Malaysia sebagai usaha mengingkatkan kualiti pendidikan Negara menerusi Perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran guru terutama dalam subjek yang diajar. Walaubagaimanapun, dapatan kajian juga berjaya mendedahkan halangan kepada Guru Cemerlang dalam memberikan sumbangan mereka kerana faktor-faktor tertentu yang berjaya dikenalpasti. Kajian ini menyarankan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka berkongsi kepakaran dan kemahiran mereka dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan Negara.Disamping itu, lebih banyak kajian dimasa hadapan diperlukan bagi meneroka impak Skim Guru Cemerlang Malaysia terhadap pembangunan guru dan pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran : Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya (UM)
Uncontrolled Keywords: Skim Guru Cemerlang Malaysia; kerjasama guru; perkongsian ilmu, kepakaran dan Kemahiran Guru Cemerlang.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr Khaliza Saidin
Date Deposited: 13 Nov 2014 00:36
Last Modified: 25 May 2016 06:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12702

Actions (login required)

View Item View Item