mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Satu tinjauan tentang keperluan pendedahan makluman konflik kepentingan dalam penyelidikan klinikal

Yusof, Yuhanif and Halim, Rohizah and Abdullah, Nor Anita and Megat Latif, Hairuddin (2014) Satu tinjauan tentang keperluan pendedahan makluman konflik kepentingan dalam penyelidikan klinikal. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 56.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (714kB) | Request a copy

Abstract

Seringkali syarikat farmaseutikal yang berhasrat menguji ubat baharu memberi bayaran kepada doktor-penyelidik yang pesakitnya direkrut sebagai subjek kajian (pesakit subjek).Ini adalah kerana merekrut pesakit sebagai subjek kajian adalah masalah yang lazim dihadapi oleh syarikat farmaseutikal.Masalah ini menjadi antara sebab timbulnya konflik kepentingan.Konflik kepentingan mencetuskan kebimbangan kerana bukan sahaja boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat khasnya pesakit terhadap doktor penyelidik tetapi juga mendatangkan bahaya kepada keselamatan nyawa pesakit serta mencemarkan kesahihan saintifik data.Persoalannya, adakah doktor-penyelidik perlu mendedahkan maklumat konflik kepentingan kepada pesakit semasa proses mendapatkan keizinan dijalankan.Pendedahan maklumat konflik ini boleh menjadi signifikan sebab pesakit berkemungkinan memutuskan untuk tidak menyertai dalam penyelidikan klinikal sekiranya maklumat ini didedahkan.Sementelah lagi, keizinan daripada pesakit secara keizinan bermaklumat adalah syarat mutlak bagi menjustifikasikan penyertaan pesakit.Bagaimanapun, pendedahan maklumat berkaitan konflik kepentingan bukanlah satu kehendak atau tuntutan undang-undang.Maka, satusatunya cara pesakit-subjek mengetahui sama ada doktor-penyelidik mempunyai konflik kepentingan adalah dengan menyoal doktor-penyelidik. Akan tetapi, hubungan doktorpesakit yang terjalin memandangkan pesakit-subjek pada asalnya adalah pesakit kepada ‘doktor’ sebelum bertukar peranan sebagai doktor-penyelidik sebaik sahaja menjalankan penyelidikan menghalang pesakit-subjek untuk berbuat demikian.Oleh sebab itu, artikel ini membincangkan tentang keperluan pendedahan maklumat konflik kepentingan oleh doktor-penyelidik kepada pesakit semasa proses keizinan bermaklumat dijalankan dengan memfokuskan kepada hubungan doktor-pesakit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: konflik kepentingan, penyelidikan klinikal, doktor-penyelidik, pesakit-subjek, izin bermaklumat
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Yuhanif Yusof
Date Deposited: 21 Jan 2015 04:49
Last Modified: 21 Jan 2015 04:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13131

Actions (login required)

View Item View Item