Mapjabi, Jabil and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Chan, Ngai Weng (2015) Ekosistem lembangan saliran di Malaysia: Bencana dan pengurusan. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0474-58-8
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
Ekosistem lembangan saliran adalah lebih kompleks, bukan sahaja disebabkan oleh wujudnya interaksi antara manusia, fauna, flora dan persekitarannya tetapi ia merupakan ‘pentas’ pembangunan fizikal dan ekonomi yang paling pesat dan aktif. Sejajar dengan pembangunan ekosistem lembangan saliran yang pesat ini, aktiviti penyelidikan dalam kalangan sarjana tempatan adalah begitu menggalakkan dalam tempoh dua dekad yang mutakhir ini. Pelbagai kajian terhadap ekosistem lembangan saliran dijalankan dalam pelbagai disiplin ilmu dan isu kajian.Buku Ekosistem Lembangan Saliran: Bencana dan Pengurusannya ini menghimpunkan beberapa makalah tentang isu kajian di beberapa kes lembangan saliran terpilih di Malaysia dengan menekankan kepada dua tema utama iaitu bencana dan aspek pengurusannya. Tiga isu bencana alam sekitar yang diberikan tumpuan dalam buku ini ialah banjir, tanah runtuh dan pencemaran air sungai. Isu yang dikupas dalam buku ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada mereka yang ingin mengetahui dan mengkaji dengan lebih lanjut tentang isu bencana dan pengurusan yang berlaku dalam ekosistem lembangan saliran di Malaysia.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Dr. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain |
Date Deposited: | 17 May 2015 04:22 |
Last Modified: | 17 May 2015 04:22 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14132 |
Actions (login required)
View Item |