mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Islam dan amalan pengurusan di Malaysia: Tuntutan perubahan

Abu Yazid, Afifah and Aziz, Ahmad Bashir (2014) Islam dan amalan pengurusan di Malaysia: Tuntutan perubahan. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (757kB) | Request a copy

Abstract

Budaya Pengurusan Islam merupakan bidang baru dalam kajian ilmiah berbanding konvensional. Sebagai pendekatan awal kepada perkembangan ilmu tersebut, kertas kerja ini mempunyai pelbagai tujuan: (1) analisa perbandingan pengurusan islam dan konvensional dan menyingkap semula keagungan asas dan falsafah pengurusan Islam; (2) melihat pengaruh nilai budaya tempatan dengan pengurusan serta krisis moral yang terpaksa dihadapi dan pengadaptasiannya dengan sistem pengurusan Islam; (3) mengemukakan saranan perubahan kearah pengurusan Islami. Pendekatan kualitatif digunakan berasaskan ‘grounded theory’ iaitu meneroka khazanah ilmu pengurusan Islam dan dibuat perbandingan dengan sistem pengurusan konvensional. Perbincangan walau bagaimanapun hanya akan memfokuskan kepada bidang pengurusan pentadbiran atau pengurusan organisasi sahaja dan tidak dalam bentuk pentadbiran politik negara yang lebih umum.Kertas kerja ini juga mengenengahkan beberapa dasar berasaskan ajaran Islam ke arah pembentukan dasar pembangunan pengurusan sepadu.Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai permasalahan dalam amalan pengurusan.Lanjutan daripada itu, tuntutan perubahan yang dikemukakan adalah mengambilkira pengalaman Malaysia dan penyelesaian yang digariskan adalah universal.Kesimpulannya, penyelidikan ini akan membuktikan wujudnya kegemilangan tamadun umat Islam dalam bentuk konsep dan sistem yang menyakinkan dalam amalan pengurusan semasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Dr. Ahmad Bashir @ Zolmat Aziz
Date Deposited: 17 Jun 2015 08:52
Last Modified: 27 Apr 2016 04:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14518

Actions (login required)

View Item View Item