mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penerapan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan institusi kewangan

Ali, Maznah and Isman, Sumi and Tunggak, Buerah and Abdullah, Akmaliza (2014) Penerapan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan institusi kewangan. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 9.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (516kB) | Request a copy

Abstract

Penerapan nilai-nilai murni amat penting kepada setiap anggota masyarakat tertutama individu yang berkerja dalam perkhidmatan awam mahupun swasta. Institusi kewangan yang berteraskan produk dan perkhidmatan sangat bergantung kepada nilai-nilai murni dalam kalangan setiap pekerjanya dari peringkat pengurusan tertinggi sehingalah di peringkat pelaksanaan dan operasi termasuk perkhidmatan kaunter dan pekerja am.Kertas kerja ini memfokuskan kepentingan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan institusi kewangan dan pengukuhannya. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan seperti amanah, bersih, jujur, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, tekun, cekap, berkerjasama, adil dan saksama, berdisiplin, berkecuali, taat setia dan ramah mesra. Nilai-nilai tersebut amat penting kepada setiap individu yang melaksanakan tugas terutama ketika memberi perkhidmatan dan kepercayaan kepada pelanggan yang berurusan dengan institusi tersebut.Sehubungan itu imej dan martabat sesebuah institusi kewangan dapat dipertingkatkan.Pelbagai gejala kurang sihat yang berlaku dalam kalangan sebahagian institusi kewangan adalah berpunca daripada kelonggaran nilai-nilai murni individu yang diberi amanah untuk melaksanakan tugas.Nilai-nilai murni boleh diterapkan oleh setiap individu sekiranya ianya berpegang teguh kepada agama dan peranan kekeluargaannya dalam membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.Di samping itu, program-program pembangunan modal insan yang berbentuk kerohanian boleh disisipkan dalam pekerjaan di institusi kewangan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Jun 2015 01:23
Last Modified: 28 Apr 2016 01:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14525

Actions (login required)

View Item View Item