mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Fungsi tajau konvensional dalam masyarakat Iban di Rumah Panjang Daerah Sibu, Sarawak

Anggo, Fujica and Abu Bakar, Rohana (2014) Fungsi tajau konvensional dalam masyarakat Iban di Rumah Panjang Daerah Sibu, Sarawak. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 11a.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (867kB)

Abstract

Masyarakat peribumi di Sarawak sememangnya kaya dengan keunikan budaya dan warisan yang diwarisi sejak turun-temurun lagi.Terdapat 27 kumpulan etnik di negeri Sarawak.Setiap etnik mempunyai bahasa, budaya, warisan dan cara hidup yang berbeza.Masyarakat Iban kebanyakannya tinggal di kawasan Sungai Saribas, Sungai Skrang,Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang.Oleh sebab itu, mereka lebih dikenali sebagai orang laut atau Sea dayak.Diantara budaya dan warisan yang terkenal dalam kalangan masyarakat ini ialah penggunaan tajau.Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Iban telah menggunakan tajau sejak Kurun yang ke-9.Tajau atau lebih dikenali sebagai tempayan begitu sinonim dalam kalangan masyarakat Iban. Selain itu, tajau mempunyai sebutan lain iaitu disebut sebagai benda.Keunikan seni warisan dan budaya di Sarawak merupakan suatu aset yang berharga yang diwariskan secara turun temurun daripada nenek moyang terdahulu.Keunikan tersebut memberikan kesan positif dalam kekayaan lambang masyarakat beretnik di Malaysia.Tajau merupakan salah satu lambang seni warisan dan kebudayaan yang terdapat di negeri Sarawak.Tajau ialah sebuah tempayan besar yang diperbuat daripada tanah liat (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008).Penghayatan penggunaan tajau dalam kebudayaan masyarakat Iban terdahulu di bumi Sarawak amat jelas dan memberi impak makna yang mendalam kepada amalan gaya hidup masyarakat tersebut.Hal ini jelas terbukti apabila tajau merupakan salah satu koleksi yang wajib terdapat di dalam setiap penghuni rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak.Secara umum, objek-objek yang terhasil daripada tanah liat yang berupa tembikar dan pinggan mangkuk telah lama menjadi amalan masyarakat di beberapa tempat di Malaysia.Amalan yang mempunyai nilai seni ini telah wujud sejak zaman Neolitik (Zakaria Ali 1989, ms.146-147) dan juga merupakan salah satu nilai seni yang tertua di dunia selepas kewujudan zaman Batu.Benedict Sandin (1980), menyatakan bahawa setiap pintu bilik pasti ada menyediakan rak khas untuk meletakkan tajau, tabak (dulang logam), kendi pinang (telapak pinang),tawak,gong, engkerumong, bebendai,(gendang) tanduk rusa dan barangan pakaian tradisional lengkapdi perkarangan ruang tamu mereka.Tajau dianggap sebagai simbol harta warisan secara turun-temurun yang telah terkumpul daripada generasi masa lalu sehingga masa sekarang.Pendapat ini juga disokong oleh pengkaji Derek Freeman (1957), iaitu "hampir setiap rumah panjang Iban mengandungi plat lama yang berharga dan mangkuk, tetapi ia adalah dalam balang (Tajau) yang paling menarik akan diambil". Selain itu, menurut Edward Enggu (1964), antara nilai yang diangkat atau perolehan paling bernilai yang dipandang tinggi oleh masyarakat Iban itu sendiri adalah merujuk kepada tiga perkara utama iaitu yang pertama adalah keberanian, keduanya adalah jumlah padi yang diperolehi, dan ketiga adalah tajau.Pengaruh penggunaan dan penghasilan tembikar mula menular dan menyerap dalam kalangan masyarakat pribumi Sarawak pada kurun ke-9 melalui kedatangan pedagang-pedagang dari china yang mula berdagang di perairan Santubong, Sarawak dengan menggunakan sistem pembelian secara pertukaran barang(Noria Tugang 2004, ms.1).Tembikar ini telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat pribumi Sarawak apabila hasil tukangan tangan tradisional orang Cina yang halus dan cantik yang terdapat pada permukaan di sekeliling tembikar telah menarik perhatian mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Jun 2015 07:05
Last Modified: 28 Apr 2016 02:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14527

Actions (login required)

View Item View Item