mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan: Satu perjuangan nasionalisme dari 1930 sehingga 1967

Deraman, Murni (2014) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan: Satu perjuangan nasionalisme dari 1930 sehingga 1967. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 32.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (617kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini akan melihat sejauhmana perkembangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang bermula sebelum merdeka (1930) yang dikenali sebagai konsep nasionalisme bahasa, perjuangan mempertahankan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara selepas merdeka serta melihat cabaran-cabaran yang dilalui dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sehingga tahun 1967.Dalam erti kata yang lebih jelas ialah untuk melihat perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan berada di tahapnya yang sebenar adakah satu perjuangan yang berjaya atau gagal.Pengkaji akan mengalurkan sejarah perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka sehingga menjadi bahasa kebangsaan di Tanah Melayu selepas kemerdekaan.Perbincangan akan menjurus kepada perkembangan persuratan Melayu, kedudukan bahasa Melayu semasa penjajahan, perkembangannya sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.Bagaimana Inggeris sebagai penjajah melihat kedudukan bahasa Melayu sebagai simbol kepada ketuanan orang Melayu. Kajian juga akan melihat kedudukan bahasa Melayu di dalam laporanlaporan dan dasar-dasar penting seperti Penyata Razak, Ordinan Pelajaran, Penyata Rahman Talib, Perlembagaan 1957, Akta Bahasa 1963 dan Akta Bahasa 1967 dan lain-lain. Kajian juga sudah pasti berkenaan dengan kebangkitan semangat kebangsaan yang di dokong oleh bahasa Melayu sebagai wadah utamanya. Bagaimanakah kebangkitan semangat nasionalisme ini bermula dan ke manakah arah tujunya.Dalam arena politik Tanah Melayu telah muncul krisis ekoran daripada Dasar Bahasa Kebangsaan sehingga menimbulkan satu dinamik dalam kegiatan nasionalisme dan politik tanah air. Kemelut politik yang berlaku ini telah membuka mata pihak British tentang apa yang orang Melayu tidak puas hati sehingga mempengaruhi dasar British dalam menentukan hak dan ketuanan orang Melayu terutamanya dalam soal bahasa.Selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah membuat rombakan yang besar dalam dasar negara seperti dasar ekonomi, dasar pendidikan, dasar kebudayaan dan beberapa dasar yang lain. Salah satu dasar yang penting ialah Dasar Bahasa Kebangsaan dan saya kira kedudukan bahasa Melayu merupakan masalah yang belum selesai dan adakah benar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus mencetuskan isu yang akan meluaskan lagi konflik ras dan mengagalkan pembentukan suatu identiti kebangsaan dan seterusnya menganggu kewujudan sebuah bangsa yang berwajah Malaysia. Kedudukan bahasa kebangsaan di era 1960-an hingga 1970-an harus diperhalusi untuk melihat beberapa isu yang belum selesai kerana situasi ini telah mempengaruhi kedudukannya selepas Peristiwa13 Mei 1969.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 03:06
Last Modified: 12 May 2016 04:08
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14549

Actions (login required)

View Item View Item