mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar di Malaysia dan Indonesia dalam mata pelajaran sejarah

La Ulu, Norila and Muamat, Osman and Abdul Rahman, Noraini and Mohd Nordin, Noorhasliza and Awang, Mohd Mahzan (2014) Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar di Malaysia dan Indonesia dalam mata pelajaran sejarah. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 3.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (530kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.Dua buah sekolah dipilih secara rawak dalam kajian ini iaitu sebuah sekolah menengah di Pahang (Malaysia) dan sebuah Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) di Palembang (Indonesia).Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 40 orang pelajar di Malaysia dan 40 orang pelajar di Indonesia. Kajian berbentuk kajian tinjauan yang mana menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dan maklumat yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 20.0 dan dilaporkan dalam bentuk min dan Ujian-t. Hasil kajian mendapati purata keseluruhan min bagi tahap kemahiran kreatif pelajar di, Palembang lebih tinggi daripada pelajar di Pahang iaitu sebanyak 4.04 berbanding 3.46. Sementara dari analisis Ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran berfikir kreatif berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.966 dan sig. = 0.000 (p<0.05). Dapatan kajian ini jelas menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Sejarah dapat memberikan implikasi kepada pelajar untuk lebih minat memahami sesuatu peristiwa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Kemahiran berfikir, mata pelajaran Sejarah, pemikiran kritis, pemikiran kreatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 03:10
Last Modified: 19 May 2016 02:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14559

Actions (login required)

View Item View Item