mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Aktiviti ekonomi Jepun di Sabah tahun 1880-an-1941: Impaknya terhadap ekonomi Sabah

Abdul Rahim, Md Saffie (2014) Aktiviti ekonomi Jepun di Sabah tahun 1880-an-1941: Impaknya terhadap ekonomi Sabah. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 15.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (798kB)

Abstract

Pemerintahan Maharaja Meiji (1867-1912) mewarisi keadaan sosioekonomi dan politik tidak stabil dari pemerintahan kesyogunan Tokugawa mendorong rakyatnya bermigrasi ke seberang laut.Ketika itu Sabah di bawah pemerintahan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) turut menghadapi masalah kekurangan buruh serta modal menggalakkanorang Jepun bermigrasi ke Sabah.Berlakunya situasi saling memerlukan antara satu sama lain demi survival ekonomi kedua belah pihak menyebabkan wujud komuniti kecil Jepun di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka berperanan sebagai buruh dan pemodal dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi.Justeru artikal ini bertujuan menganalisis impakaktiviti ekonomi imigran Jepun dalam ekonomi Sabah sekitar 1880-an-1940-an.Penyelidikan ini disempurnakan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan melalui penggunaan sumber primer dalam bentuk dokumen bertulis yang diperolehi dari arkib dan juga ibu pejabat dan agensi yang berkaitan.Sumber-sumber ini kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan metodologi dari disiplin ilmu sains sosial lain sebagai ilmu bantu dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pendekatan penulisan sejarah sebagai kaedah penulisannya.Melalui analisis dari kaedah penyelidikan yang digunakan, kajian ini mendapati masyarakat Jepun di Sabah memberi impak positif kepada perkembangan teknologi, hasil keluaran, perdagangan asing, perkapalan dan pelaburan serta kemudahan asas Sabah.Bagaimanapun peranan sebagai buruh tidak seperti yang diharapkan.Sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua buruh Jepun di Sabah masih sedikit jumlahnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 23 Jun 2015 07:40
Last Modified: 27 Apr 2016 02:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14570

Actions (login required)

View Item View Item