Arzemi, Amizam and Bakar, Rosni and Ibrahim, Fatimah Wati and Che Engku Ismail, Che Engku Mansoor and Md Yusof, Azizah and Aziz, Norzilah (2008) Kualiti dan kuantiti graduan di Institusi Pengajian Awam: Pendekatan nilai ditambah. In: Proceeding of the National Seminar on Science, Technology and Social Sciences 2008. Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Jengka, Pahang, pp. 207-218. ISBN 9789832607175
PDF
Restricted to Registered users only Download (492kB) |
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisa kualiti dun kuantiti graduan IPTA Malaysia.Objektif amanya adalah untuk melihat sama ada wujud nilai ditambah dari segi keilmuan,kemahiran serta faktor-faktor sampingan lain di kalangan graduan IPTA, hasil pengalaman embelajaran yang diterima. Namun begitu, aspek tambah nilai hanya dilihat dari sudut encapaian akademik sahaja. Dalam kajian ini, nilai ditambah diperolehi dengan embandingkan pencapaian akademik graduan IPTA di peringkat universiti(PMK/CGPA)dengan pencapaian mereka di peringkat prauniversiti (matrikulasi, STPM dan Diploma).Sejumlah 1322 responden (graduan 2003) dari enam IPTA (UUM, UKM, UM, UIAM, UPSI dan UNIMAS)terlibat dalam kajian ini. Kewujudan unsur nilai ditambah di kalangan graduan dapat memberikan gambaran sejauh mana keberkesanan dan sumbangan IPTA dalam meningkatkan pencapaian graduan dari segi akademik, berbanding semasa mereka di peringkat pra-universiti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat nilai ditambah positif dan nilai ditambah negetif dalam prestasi graduan. Oleh yang demikian, langkah segera perlu diambil oleh IPTA-IPTA berkenaan bagi meningkatkan keberkesanan institusi musing-masing agar dapat mentransformasikan input (pelajar) mereka kepada output (graduan) yang lebih cemerlang dari segi akademik. Di samping itu, kajian ini juga turut mengenal pasti pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik graduan semasa di universiti, yang secara umumnya dapat digunakan sebagai garis panduan kepada semua IPTA Malaysia untuk tujuan penambahbaikan. Namun begitu, bukanlah menjadi matlamat kami untuk menyarankan sebarang cadangan kepada IPTA-IPTA terlibat, berkenaan cara untuk meningkatkan kualiti graduan di institusi masing-masing.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Graduan, kualiti, kuantiti, nilai ditambah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 04 Nov 2010 02:50 |
Last Modified: | 03 May 2017 01:10 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1482 |
Actions (login required)
View Item |