mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tun V.T. Sambanthan: Pembela masyarakat India di Malaysia

Raman, Arumugam (2015) Tun V.T. Sambanthan: Pembela masyarakat India di Malaysia. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-14-6

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa khususnya masyarakat India di Malaysia.Pengorbanan harta beliau demi membina sebuah sekolah untuk penduduk tempatan jarang-jarang kita dapat dengar.Kaum India menganggap beliau sebagai ‘keturunan karnan’. Mengikut epik Mahabaratha Karnan merupakan seorang berhati murah dan akan memberi apa saja yang dipinta oleh orang lain.Selain memiliki hati yang murah Sambanthan juga memiliki nilai-nilai murni yang terpuji seperti kesabaran, menghormati orang lain dan bertanggungjawab.Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu.Pembelaan beliau ini dapat dilihat daripada dua sudut. Pertama MIC diambil alih oleh kumpulan majoriti Tamil yang dipinggirkan selama beberapa tahun oleh pemimpin elit (Ceylon, Punjabi dan elit Tamil). Terdapat jurang yang besar antara kepimpinan golongan elit dengan golongan bawahan.Sambanthan merapatkan hubungan pimpinan MIC dengan golongan bawahan dan memenangi hati para pekerja ladang yang menjadi 80 peratus penduduk India di Tanah Melayu. Kedua pula menyelamatkan pekerja India yang berhadapan dengan masalah fragmentasi ladang. Kebanyakan ladang besar dipecahbelahkan dan dijual oleh pemilik Eropah apabila Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan.Akibatnya para pekerja ladang berhadapan dengan kehilangan pendapatan dan penginapan.Sambanthan menubuhkan Koperasi ataupun lebih dikenali NLFCS untuk membeli ladang-ladang yang menghadapi masalah fragmentasi.Sambanthan sekali lagi dijulang sebagai wira kaum pekerja ladang. Sumbangan Tun V.T. Sambanthan dalam arena politik ataupun kebajikan perlu didokumentasikan. Maka terlahirlah buku ini.

Item Type: Book
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CT Biography
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Arumugam Raman
Date Deposited: 30 Jul 2015 01:45
Last Modified: 27 Apr 2016 07:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14984

Actions (login required)

View Item View Item