mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Realiti maya dalam pendidikan sains: Potensi dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran sel haiwan

Soid, Che Soh and Umar, Irfan Naufal (2007) Realiti maya dalam pendidikan sains: Potensi dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran sel haiwan. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of REALITI_MAYA_DALAM_PENDIDIKAN_SAINS.pdf] PDF
Download (538kB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan potensi dan aplikasi sistem pembelajaran baru yang dibina dengan menggunakan teknologi realiti maya. Teknologi realiti maya adalah satu teknologi baru yang amat berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Potensi realiti maya termasuklah keupayaan untuk mempersembahkan bahan pembelajaran dalam bentuk tiga dimensi (3D), menyokong pembelajaran dalam konteks pandangan orang pertama (first person perspective), visualisasi konsep yang abstrak, menyokong persembahan bahan pembelajaran dalam pelbagai dimensi, menyokong pembelajaran aktif dan menyokong pembelajaran penerokaan. Namun demikian sebagaimana teknologi instruksional yang lain, realiti maya bukanlah satu ubat yang sesuai digunakan dalam semua situasi pembelajaran. Dalam kertas kerja ini, cadangan dibuat untuk menerapkan penggunaan realiti maya dalam pembelajaran sains. Satu prototaip perisian instruksional berasaskan realiti maya telah dibangunkan dan dinilai di kalangan guru pelatih sains. Hasil daripada penilaian mendapati bahawa responden berpandangan positif terhadap penggunaan teknologi realiti maya dalam pembelejaran sains.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Uncontrolled Keywords: realiti maya, pendidikan sains, pembelajaran konstruktivis, visualisasi saintifik
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Nov 2010 09:02
Last Modified: 28 Nov 2010 09:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1533

Actions (login required)

View Item View Item