mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Stail kepimpinan dan kepuasan kerja guru di kalangan guru sekolah menengah

Chan, Yuen Fook and Sidhu, Gurnam Kaur (2007) Stail kepimpinan dan kepuasan kerja guru di kalangan guru sekolah menengah. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of STAIL_KEPIMPINAN_DAN_KEPUASAN_KERJA_GURU....pdf] PDF
Download (327kB)

Abstract

Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, pengurus sekolah perlu mengejar kejayaan yang lebih gemilang dan guru pula menghadapi tekanan kerja yang semakin mendesak untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Guru sekolah dikehendaki mengajar dan membimbing murid dengan berkesan, serta menyokong pihak pengurusan dalam pentadbiran sekolah. Tambahan pula, guru sekolah perlu juga menghadapi perubahan polisi dan amalan pengurusan di sekolah. Dalam pada itu, kepimpinan pengetua ataupun guru besar merupakan salah satu faktor yang penting dalam membekalkan visi dan hala tuju untuk mencapai aspirasi di alaf baru. Untuk memahami hubungan di antara stail kepimpinan dengan kepuasan kerja guru dalam dekad yang penuh dengan cabaran ini, kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 200 guru dari lima buah sekolah menengah di Negeri Sembilan telah dilibatkan dalam kajian ini untuk memahami hubungan di antara stail kepimpinan dengan tekanan kerja dan juga kepuasan kerja di sekolah. Tekanan kerja guru didapati berada pada tahap yang sederhana, dan kepuasan kerja guru adalah melebih tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana dan positif di antara stail kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja. Manakala, hubungan yang sederhana dan positif telah ditemui di antara stail kepimpinan ’transactional’ dengan tekanan kerja. Dalam aspek penyelesaian tekanan kerja, memperoleh sokongan sosial merupakan stail penyelesaian yang paling umum di kalangan guru. Dapatan kajian ini dipercayai boleh dimanfaatkan oleh institut latihan dan universiti yang terlibat dalam latihan kepengetuaan untuk menggubal kurikulum latihan yang lebih relevan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 30 Nov 2010 02:49
Last Modified: 30 Nov 2010 02:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1618

Actions (login required)

View Item View Item