mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor risiko jangkitan HIV/AIDS: Isu moral atau hak individu

Md. Zain, Rajwani and Chew Abdullah, Nor Azimah (2015) Faktor risiko jangkitan HIV/AIDS: Isu moral atau hak individu. In: Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social Sciences 1 (KLiCELS1), 6 – 7 June, 2015, Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia..

[thumbnail of 107.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (418kB) | Request a copy

Abstract

Jangkitan dan penyakit HIV/AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti sosial yang berisiko dan kepatuhan terhadap ajaran agama. Pertukaran dan perkongsian jarum suntikan serta amalan seks rambang merupakan dua faktor jangkitan yang dikaitkan dengan isu moral, serta dua aktiviti ini yang menyumbang kepada berlakunya stigma dan diskriminasi terhadap pesakit dan penyakit itu sendiri. Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah bagi memberikan gambaran yang sebenar dan jelas tentang penglibatan pesakit HIV/AIDS dalam aktiviti-aktiviti berisiko. Selain itu, turut membincangkan isu-isu berkaitan moral dan penularan gaya hidup bebas yang semakin membimbangkan dewasa ini.Satu tinjauan telah dilakukan dalam kalangan 207 orang individu yang telah disahkan dijangkiti HIV/AIDS.Borang soal selidik telah digunakan sebagai alat pengumpulan data dan telah dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan berlaku perubahan trend dalam aspek faktor jangkitan yang mana sebilangan besar responden telah mendapat jangkitan daripada hubungan seks. Selain itu responden turut mengakui mengamalkan orientasi seks tidak normal.Berdasarkan hasil kajian ini menunjukkan Negara Malaysia turut berdepan dengan krisis sosial termasuk masalah salahlaku seksual, penagihan dadah di samping masalah-masalah sosial lain.Tugas dan tanggungjawab untuk mengatasi dan membendung masalah ini perlu dilaksanakan secara bersama dan holistik tanpa mengecualikan mana-mana pihak serta mengambilkira pelbagai aspek.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-11350-5-1
Uncontrolled Keywords: HIV/AIDS, faktor risiko, moral, holistic
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Dr. Rajwani Md. Zain
Date Deposited: 22 Nov 2015 03:59
Last Modified: 14 Apr 2016 07:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16227

Actions (login required)

View Item View Item