mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Brief rational emotive behavioral therapy (brief rebt): Satu pendekatan alternatif untuk menangani kerisauan dan stres dalam kalangan anak yatim di institusi

Ishak, Noor Azniza (2008) Brief rational emotive behavioral therapy (brief rebt): Satu pendekatan alternatif untuk menangani kerisauan dan stres dalam kalangan anak yatim di institusi. In: Pembangunan komuniti marginal di Malaysia ke arah pengupayaan kendiri. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 149-160. ISBN 9789833827602

[thumbnail of Noor_Aniza_Ishak.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (207kB)

Abstract

Anak-anak yatim yang berada dalam institusi anak yatim di negeri Kedah didapati mengalami simptom kerisauan dan stress yang tinggi. Satu modul pendekatan kaunseling singkat (brief) telah dibentuk sebagai kaedah alternatif bagi membantu anak yatim yang telah dikenal pasti mengalami simpton kerisauan dan stress ini.Ahli psikologi yang menggunakan pendekatan tingkah laku kognitif atau penekanan 'Rational Emotive Behavioral Therapy' (REBT) mengambil pendekatan ini sebagai asas untuk membantu individu yang risau dan tertekan keran pendekatan ini mengambil kira proses pemikiran manusia iaitu bagaimana kita tahu, memahami, mempelajari serta berfikir berkenaan sesuatau perkara.Pendekatan yang dipelopori oleh Albert Ellis sejak tahun 1955 ini berpandangan bahawa setiap perlakuan yang ditunjukkan bukan sepenuhnya bergantung kepada ransangan persekitaran tetapi proses pemikiran individu tersebut. Modul Intervensi Kelompok Singkat Fokus REBT (IKSF REBT) telah dibentuk berasakan Solution Focused Brief Therapy dan pendekatan Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) untuk digunakan kepada kelompok anak yatim ini.'Brief Rational Emotive Behavioral Therapy'(Brief REBT) yang mempunyai ciri-ciri seperti masa singkat,focus kepada penyelesaian masalah yang spesifik dan mempunyai matlamat yang jelas dan kecil akan berpotensi membantu kelompok anak yatim yang berada dalam institusi untuk mengurangkan kerisauan dan stres.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Dec 2010 08:20
Last Modified: 28 Dec 2010 08:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1861

Actions (login required)

View Item View Item